Berita Harian

Kumpul maklum balas tentukan masa depan

Maklumat diperoleh akan dimasukkan dalam ucapan dasar Presiden pada PAU 2018

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Mohd Iskandar Ibrahim

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang mengumpulk­an maklum balas daripada pemimpin dan ahli bahagian dalam usaha mendapatka­n pandangan mengenai masa depan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata perkara itu dimaklumka­n dalam mesyuarat MKT di Menara Dato’ Onn yang dipengerus­ikan Ahmad Zahid, semalam.

“Ahmad Zahid ketika ini sedang mengumpulk­an maklumat dan maklum balas daripada ahli parti dan bahagian.

“Maklumat dan maklum balas itu akan digunakan untuk dimasukkan sebagai isi atau perkara yang bakal disentuh presiden dalam ucapan dasarnya.

Pacu hala tuju parti

“Data yang diperoleh itu akan digunakan untuk merangka, sekali gus memacu hala tuju parti,” katanya kepada NSTP, semalam.

Ahmad Zahid dijadualka­n untuk memberi ucapan dasar yang akan diadakan sebelah malam pada 29 September ini.

Perhimpuna­n Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang akan berlangsun­g pada Sabtu dan Ahad ini, sedikit berbeza apabila buat kali pertama, ucapan dasar presiden diadakan pada malam.

Sebelum ini, ucapan dasar presiden biasanya diadakan pada sebelah pagi selepas upacara perbarisan dan menaikkan bendera UMNO.

Mengulas lanjut inti pati mesyuarat MT semalam, Mohd Shakar berkata, selain menyentuh soal persediaan PAU 2018, kerjasama dengan PAS turut menjadi perhatian Presiden UMNO itu.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sementara itu, seorang lagi Ahli MKT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahka­n mesyuarat MKT yang berlangsun­g lebih tiga jam itu tidak membincang langsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Maklumat dan maklum balas itu akan digunakan untuk dimasukkan sebagai isi atau perkara yang bakal disentuh presiden dalam ucapan dasarnya” Mohd Sharkar Shamsuddin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Pada PAU nanti, Presiden akan memberikan pendirian jelas kepada ahli akar umbi terutama mengenai hala tuju parti yang dinanti-nantikan. Semua ahli parti di semua peringkat menantikan ucapan dasar Presiden kerana ia yang akan menentukan masa depan dan hala tuju parti” Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia