Berita Harian

Ibu tunggal berdepan hukuman sebatan

Mengaku salah atas pertuduhan perbuatan persediaan lacurkan diri

- Oleh Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

Seorang ibu tunggal berdepan hukuman sebatan syariah selepas mengaku salah atas pertuduhan perbuatan sebagai persediaan melacurkan diri, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, semalam.

Tertuduh berusia 30 tahun itu mengekalka­n pengakuan bersalah selepas pertuduhan kali kedua mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun.

Mengikut pertuduhan, wanita yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di sebuah hotel di bandar raya ini bersama seorang pelanggan pada 17 September antara jam 11.20 malam hingga 11.45 malam.

Bagi kesalahan berkenaan wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Ikat jamin RM3,000

Sejurus pengakuan salah direkodkan, mahkamah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh jatuh hukum dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam serbuan penguat kuasa syariah daerah di bilik 507 di hotel itu dan melakukan rampasan terhadap 11 barang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.

Bayaran RM100

Difahamkan, dia juga menerima bayaran sebanyak RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.

Dalam prosiding semalam, wanita terbabit mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupann­ya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Hakim Syarie.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Pencanting batik berdepan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Pencanting batik berdepan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia