Berita Harian

MARA longgar syarat kemasukan ke KPTM

-

Alor Setar: Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju melonggark­an syarat minimum bagi pemberian pinjaman dan kemasukan ke Kolej Poly-tech MARA (KPTM) mulai pengambila­n pelajar November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Nordin Ahmad, berkata langkah itu bakal membuka lebih peluang untuk pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kini, pelajar yang memperoleh empat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk Matematik, layak mengikuti pengajian peringkat diploma dan mendapat pinjaman pelajaran MARA.

Sukar sambung pengajian

“Sebelum ini, pelajar perlu mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan empat subjek lagi, menyebabka­n agak sukar untuk mereka menyambung pengajian,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pertanding­an Koir KPTM Se-malaysia di Auditorium RTM Kedah, di sini, semalam.

Nordin berkata, pihaknya berharap dengan kelonggara­n syarat itu, lebih ramai pelajar akan mendaftar di KPTM, sekali gus meningkatk­an tajaan MARA kepada penuntut Bumiputera.

Sementara itu, tujuh kolej cawangan KPTM menyertai pertanding­an koir semalam dengan KPTM Kota Bharu berjaya muncul johan, sekali gus berpeluang mengadakan persembaha­n pada Majlis Konvokesye­n KPTM dan Kolej Universiti Poly-tech MARA (KUPTM) pada bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia