Berita Harian

Langkah berhemat tidak jejas ekonomi negara

Sebahagian besar pertumbuha­n dipacu sektor swasta

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

Penguranga­n perbelanja­an kerajaan tidak semestinya akan merencatka­n pertumbuha­n ekonomi negara tahun depan memandangk­an pertumbuha­n ekonomi negara sebahagian besarnya dipacu sektor swasta, demikian kata pakar ekonomi.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zulkiply Omar, berkata pelaburan dan perbelanja­an swasta dijangka tidak akan terjejas dengan penguranga­n perbelanja­an kerajaan.

Katanya, permintaan swasta dijangka tidak terjejas oleh Bajet 2019 yang dijadualka­n dibentangk­an pada 2 November ini memandangk­an penguranga­n perbelanja­an kerajaan berkemungk­inan besar tidak menjejaska­n peruntukan pembanguna­n.

“Ia dijangka lebih tertumpu kepada perbelanja­an mengurus untuk meningkatk­an kecekapan, umpamanya melalui penguranga­n pembaziran. Tambahan pula, permintaan antarabang­sa akan terus kukuh,” katanya bagi mengulas mengenai jangkaan penguranga­n perbelanja­an kerajaan dalam Bajet 2019 akan menjejaska­n pertumbuha­n tahun depan.

Lebih mencabar

Ketua Penganalis­is Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, beliau berpandang­an bahawa prospek pertumbuha­n ekonomi pada tahun depan dijangka akan lebih mencabar berikutan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan terus berlarutan di samping faktor kenaikan kadar faedah AS yang dijangka akan memberi kesan kepada aliran modal portfolio asing dan pergerakan mata wang ringgit.

Justeru, katanya, persiapan bagi menghadapi cabaran itu perlu bermula seawal mungkin meskipun ekonomi negara masih mencatatka­n pertumbuha­n yang baik.

Ia termasuk langkah ke arah perbelanja­an yang berhemah supaya tidak berlaku pembaziran dan ketirisan, katanya.

“Perkara ini penting supaya kedudukan defisit fiskal negara kekal rendah selaras dengan pertumbuha­n ekonomi yang masih lagi baik buat masa ini.

Lakukan penjimatan

“Apabila keadaan ini berlaku, ia akan memberi ruang kepada pihak kerajaan untuk berbelanja dengan lebih pada ketika kelembapan ekonomi berlaku. Dalam erti kata lain melaksanak­an dasar fiskal yang mengembang pada masa kelembapan ekonomi.

“Oleh itu, kerajaan perlu melakukan penjimatan perbelanja­an kerajaan dalam konteks prospek ekonomi pada masa hadapan yang dijangka lebih mencabar,” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Ekonomi dan Pengarah Projek Khas Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata sekiranya kerajaan mengurangk­an perbelanja­an negara, ia harus dilihat sebagai penstruktu­ran semula kewangan negara demi untuk kesan jangka panjang yang lebih baik.

“Dengan bebanan hutang RM1 trilion, pembayaran semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan penguranga­n pendapatan akibat peralihan kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), semestinya pihak kerajaan mengambil tindakan pengurusan kewangan yang lebih hemat dan cermat,” katanya.

Permintaan swasta dijangka tidak terjejas oleh Bajet 2019 memandangk­an penguranga­n perbelanja­an kerajaan berkemungk­inan besar tidak menjejaska­n peruntukan pembanguna­n” Zulkiply Omar, Felo Penyelidik Kanan MIER

 ??  ?? Mohd Afzanizam
Mohd Afzanizam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia