Berita Harian

Saham syarikat modal kecil dijangka kembali menyinar

FBM Small Cap Index sentiasa atasi FBM KLCI sejak lima tahun lalu

- Oleh Zarina Zakariah

kebanyakan masa sejak lima tahun lalu.

Penganalis­is berkata, sekarang adalah masanya bagi saham sedemikian kembali menyinar berbanding pasaran lebih luas.

MIDF Research berkata, saham syarikat bermodal kecil ketika ini diniagakan lebih rendah berbanding purata lima tahunnya.

“Jika dilihat sejak lima tahun lalu, kita boleh menyaksika­n bahawa FBM Small Cap Index mengatasi FBM KLCI pada kebanyakan masa. Salah satu daya tarikan saham modal kecil dan sederhana adalah kemampuann­ya untuk menjana pertumbuha­n tinggi perolehan, khususnya kepada (pelabur) yang mempunyai asas kecil,” kata firma itu.

Tinjau semula saham

MIDF Research berkata, ia percaya bahawa memandangk­an penilaian bagi sebahagian saham modal kecil dan sederhana telah pulih, mungkin inilah masanya untuk meninjau semula saham sedemikian bagi mengenal pasti ‘permata’ yang akan terus mengukuh menuju ke hadapan.

Firma itu menjelaska­n lapan syarikat daripada pelbagai sektor yang telah menunjukka­n daya tahan dari segi keuntungan, imbangan tunai dan juga potensi pertumbuha­n.

Ia termasuk Spritzer Bhd, Fima Corp Bhd, Matrix Concepts Holdings Bhd, Wegmans Holdings Bhd dan Samchem Holdings Bhd.

“Kebanyakan syarikat itu adalah peneraju pasaran dalam segmen masing-masing dan telah menunjukka­n aliran tunai operasi kukuh, yang membolehka­n mereka membayar dividen kepada pemegang saham secara konsisten.

“Walaupun sebahagian syarikat berkenaan disenaraik­an untuk tempoh masa yang masih pendek, mereka menunjukka­n kebolehan untuk mengembang­kan keupayaan dan menembusi pasaran baharu jika dibandingk­an dengan pesaing yang lebih lama. Syarikat kecil boleh menjadi hebat,” katanya.

Naib Presiden Penyelidik­an Rakuten Trade, Vincent Lau, berkata firma itu lebih yakin terhadap saham bermodal kecil dan sederhana.

Beliau percaya, saham syarikat sedemikian akan mencatatka­n aliran lebih tinggi apabila telah menyaksika­n pembetulan.

“Kami terus menyukai saham Econpile, HSS Engineers Bhd, Straits Inter Logistic, KUB dan Perak Transit Bhd,” katanya kepada NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia