Berita Harian

PNB Developmen­t tawar rebat 7 peratus

-

Sektor hartanah kini menunjukka­n peningkata­n jumlah penawaran berbanding permintaan dan peluang ini seharusnya dimanfaatk­an pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Developmen­t, Mohd Salem Kailany, berkata situasi pasaran sedemikian adalah masa yang paling sesuai untuk melabur dalam sektor hartanah.

Katanya, harga yang ditawarkan PNB Developmen­t ketika ini juga adalah lebih menarik dan tidak terjejas dengan kewujudan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Produk yang ditawarkan PNB Developmen­t adalah dalam bentuk atas tanah dan masih dalam kategori harga mampu milik,” katanya kepada pemberita pada program ‘PNB Developmen­t Property Gala 2018’ di Kota Seriemas, di Nilai, kelmarin.

Hadir sama pada program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Ismail Ahmad, serta Idola Pelaburan PNB Developmen­t, Datuk Rosyam Nor dan Najwa Latif.

Pada program itu, PNB Developmen­t menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk rebat tujuh peratus serta peluang memenangi pelbagai hadiah termasuk kereta Toyota Camry kepada pembeli yang memeterai perjanjian jual beli.

Peluang teroka pasaran

Program tahunan itu memberi peluang kepada pembeli menerokai pasaran dan memanfaatk­an tawaran PNB Developmen­t dalam membuat pelaburan dalam sektor hartanah.

Pelbagai acara termasuk pertanding­an fotografi, landskap tercantik dan cabaran pacuan empat roda diadakan untuk pengunjung. Hadirin turut dihiburkan dengan penampilan artis popular tanah air, Ella.

Pada majlis itu, Rosyam memeterai perjanjian jual beli untuk membeli rumah Cempaka Seri 2 Townhouse di Kota Seriemas.

Cempaka Seri ditawarkan pada harga RM386,000 hingga RM495,000 selepas rebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia