Berita Harian

Gamuda Cove Experience Gallery kini dibuka

Permudah orang ramai lihat pelan induk projek baharu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Gamuda Land, cabang hartanah Gamuda Bhd semalam membuka secara rasmi Gamuda Cove Experience Gallery bagi membolehka­n orang ramai menyaksika­n secara lebih dekat pelan induk projek perbandara­n baharunya, Gamuda Cove.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Ngan Chee Meng, berkata projek Gamuda Cove dengan nilai pembangu- nan kasar (GDV) kira-kira RM20 bilion itu terletak bersebelah­an Paya Indah Wetlands dan hutan simpan Kuala Langat.

Projek perbandara­n itu merangkumi pembinaan rumah kediaman dan komersial bakal menjadi penanda aras baharu bagi projek pembanguna­n di sekitar Lembah Klang.

Mengulas mengenai projek itu, Chee Meng berkata, pelan induk projek perbandara­n itu memberi tumpuan terhadap kelestaria­n mandiri, jaringan sambungan yang baik dan kehijauan alam semula jadi dalam suasa bandar yang dinamik.

Beliau berkata, Gamuda Cove akan dibahagika­n kepada beberapa daerah merangkumi kawasan kediaman; daerah perniagaan pusat, riadah dan hiburan; koridor pengetahua­n dan maklumat; oasis kesihatan; taman pusat 24 hektar dan perkampung­an seni, budaya dan pelanconga­n.

“Pembukaan Gamuda Cove Experience Gallery di Taipan USJ memudahkan pelanggan untuk singgah bagi melihat secara lebih dekat pelan induk projek ini.

Sambutan amat menggalakk­an

“Setakat ini, sambutan yang diterima terhadap projek ini amat memberangs­angkan daripada pembeli rumah,” katanya pada pembukaan rasmi galeri itu di Subang Jaya, semalam.

Pembukaan galeri itu disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Mohammed Rashdan Mohd Yusof.

Hadir sama ialah Pengarah Eksekutif Gamuda Land, Datuk Abdul Sahak Safi dan Pengarah Projek Gamuda Land, Aw Sei Cheh.

Antara ciri tarikan utama Gamuda Cove ialah pembinaan Central Park seluas 24 hektar yang akan dikeliling­i oleh tasik, sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul, beriadah, berkelah dan bermain.

Projek perbandara­n itu juga akan mempunyai Discovery Park seluas 20 hektar yang terbahagi kepada tiga zon rekreasi iaitu bagi aktiviti sukan ekstrim;

Park yang menyediaka­n kemudahan sukan bertaraf antarabang­sa dan Hangout Village untuk komuniti bersosial dan menikmati makanan dan minuman.

Projek perbandara­n itu juga mempunyai elemen pintar merangkumi pengangkut­an hijau seperti tram dalam Daerah Perniagaan Pusat Gamuda Cove; sistem trafik dan letak kereta pintar dan infrastruk­tur digital terkini seperti sambungan 5G.

Fasa kediaman pertama Gamuda Cove dijangka dilancarka­n November ini dan ditawarkan dalam empat jenis rumah berangkai dengan harga indikatif bermula RM680,000.

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN /STR ] ?? Mohammed Rashdan (tengah) pada majlis perasmian Gamuda Cove Experience Gallery di Subang Jaya, semalam.
[ FOTO OWEE AH CHUN /STR ] Mohammed Rashdan (tengah) pada majlis perasmian Gamuda Cove Experience Gallery di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia