Berita Harian

PERSONALIT­I:

Adriana permain terbaik MSSM

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Gaya dan mutu aksi pemain boling tenpin negara yang berkarisma seperti Syaidatul Afifah Badrul, Puan Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane menjadi inspirasi kepada Adriana Qistina Mohd Narazi, 12, untuk terus aktif dalam sukan itu.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pinji di sini, mula menyertai sukan itu sejak berusia lapan tahun selepas terpilih dalam Program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Majlis Sukan Negeri Perak sehingga ke hari ini.

“Setiap jenis sukan mempunyai keistimewa­an dan cabaran tersendiri. Begitu juga dengan boling tenpin yang menuntut seseorang pemain untuk sentiasa bertenang, cepat berfikir dan bijak mengawal emosi.

“Sukan ini melatih saya untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara selain menjadi seorang yang disiplin dan sentiasa komitmen sebagai pemain dan murid,’’ katanya.

Pemain Terbaik

Adriana Qistina membuktika­n usaha dan pengorbana­nnya mengikuti latihan serta kejohanan berbaloi apabila meraih empat pingat emas dan satu perak dalam Kejohanan Boling Tenpin Peringkat Kebangsaan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Lebih manis lagi, dia yang lebih mesra dengan panggilan Adriana di gelanggang boling tenpin dipilih sebagai pemain Terbaik Perempuan Bawah 12.

Katanya, kejayaan itu menjadi pencapaian peribadi terbaiknya sejak membabitka­n diri dalam sukan itu lima tahun lalu, seterusnya membawa pasukan negeri Perak menjadi naib johan secara keseluruha­n berbanding tempat ke-13 pada tahun 2017.

“Pengalaman beraksi di peringkat MSSM tidak mungkin saya lupakan memandangk­an ini adalah kali terakhir saya mewakili Negeri Perak dalam kategori bawah 12 tahun dan akan meneruskan perjuangan dalam sukan ini sehingga berjaya menjadi seorang atlet profesiona­l negara suatu hari nanti.

“Selain itu, kemenangan ini juga berkat sokongan dan doa kedua ibu bapa, ahli keluarga, pentadbira­n sekolah dan juga Jurulatih Pelapis Negeri, Encik Khairul Faizi Mohd Yusop,” katanya.

Jadual padat

Kesibukan menggalas tanggungja­wab sebagai Pengawas Sekolah SK Pinji dan menjalani rutin latihan serta menyertai pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan tidak langsung mengganggu fokus terhadap akademik.

Dia turut mengakui jadual latihan yang padat sebenarnya memberi impak positif dan semangat ketika mengulang kaji.

“Mungkin ada yang berpendapa­t badan akan berasa letih sebaik saja selesai menjalani latihan, tetapi tidak bagi saya kerana badan akan menjadi lebih cergas selepas kita bersenam, manakala otak menjadi cerdas dan saya tidak mempunyai masalah untuk mengulang kaji pada waktu malam.

“Saya juga menghadiri kelas bimbingan di sekolah dan jika tidak mempunyai sebarang pertanding­an, saya akan belajar mengikut jadual yang telah dirancang sejak awal tahun lagi,” katanya yang ingin menjadi seorang doktor haiwan apabila dewasa nanti.

 ?? MSSM 2018. ?? Pencapaian cemerlang Adriana terserlah apabila meraih gelaran pemain terbaik
MSSM 2018. Pencapaian cemerlang Adriana terserlah apabila meraih gelaran pemain terbaik
 ??  ?? Adriana ketika menerima anugerah cemerlang peringkat sekolah.
Adriana ketika menerima anugerah cemerlang peringkat sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia