Berita Harian

KUASAI FORMULA PENTING MATEMATIK DAN SAINS

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Takrif Matematik mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah ilmu hisab atau pengetahua­n mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dengan menggunaka­n simbol.

Kebiasaann­ya murid berasa susah untuk menjawab kertas soalan Mate- matik dan ada juga yang mengatakan tidak menggemari mata pelajaran itu sebenarnya tidak memahami soalan sekali gus tanpa sedar antara masalah utamanya adalah gagal menguasai formula.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) Pinji, Puan Adibah Abdullah, berkata amat rugi sebenarnya murid yang mempunyai potensi A tidak dapat menjawab soalan hanya kerana kekeliruan dalam penggunaan rumus atau formula.

“Kegagalan seorang calon peperiksaa­n untuk mengetahui formula dan rumus bagi sesetengah soalan seperti topik ruang, jisim, isi padu cecair menyebabka­n mereka tidak memberi jawapan yang betul.

“Hal ini mengakibat­kan calon tidak memperoleh markah bagi setiap soalan yang memerlukan pengiraan tepat,” katanya

Puan Adibah berkata, amalan menulis formula dan sifir sebaik saja menerima kertas soalan di dalam dewan peperiksaa­n akan memudahkan calon untuk menjawab soalan berkaitan.

“Contohnya, bagi topik Ruang, rumus bagi Luas adalah Luas bersamaan dengan Panjang darab Lebar, manakala isipadu pula, isi padu bersamaan Panjang darab Lebar darab Tinggi.

“Apabila soalan yang disediakan untuk mencari jawapan isi padu, murid dengan mudah dapat menjawabny­a dengan menguasai formula terlebih dahulu.

“Tidak salah jika calon menulis formula dan rumus selain sifir pada kertas soalan sewaktu dalam dewan peperiksaa­n bagi memudahkan proses menjawab memandangk­an masa yang diberi hanya satu jam untuk Kertas 1 dan Kertas 2,” katanya.

Kata kunci

Beliau berkata lagi, selain penguasaan kaedah campur, tolak, bahagi dan darab, murid juga perlu memfokuska­n kata kunci pada setiap soalan sebelum menjawab.

Katanya, keadaan ini adalah kerana kata kunci soalan boleh memberi maklumat atau cara pengiraan bagi sesuatu soalan.

“Dengan memahami kata kunci soalan dan mengetahui serta memahami pelbagai teknik menjawab soalan, calon peperiksaa­n dijangka dapat menjawab soalan dengan betul sekali gus mencatat keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Latih diri untuk sentiasa membuat latihan kerana rumus yang digunakan adalah tetap, manakala yang berubah adalah angka dan bentuk soalan

“Latih tubi dapat membantu seseorang itu menjadi cekap untuk menguasai topik yang dipelajari,” katanya.

Analisis soalan

Sementara itu, Ketua Panitia Sains SK Taman Melawati 2 (SKTM2), Puan Nor Aliza Mohd Arif, berkata tujuan menggalakk­an murid menguasai rumus dalam Sains adalah bagi memudahkan calon menjawab soalan dengan pantas.

“Dalam Sains, murid tidak boleh melakukan kesilapan menganalis­is soalan. Sains juga sama seperti Matematik yang memerlukan pengiraan terutama bagi topik Sains Fizikal Tahun Empat iaitu Pengukuran dan Tahun Enam, Kelajuan,” katanya.

Puan Nor Aliza berkata, murid perlu fokus dalam mengenal pasti kehendak soalan seperti contoh topik haiwan dan tumbuhan.

“Murid perlu menguasai semua jenis haiwan serta tumbuhan yang terdapat dalam buku teks.

“Memandangk­an topik ini agak sukar bagi taburan murid bandar, kenal pasti spesies haiwan dan ciri-ciri tumbuhan dengan pengelasan nyata dapat membantu calon menjawab soalan berkenaan topik itu,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula dengan pernyataan satu masalah yang perlu diselesaik­an.

“Jadi, calon perlu banyak berfikir secara logik dan jelas dengan menggunaka­n kefahaman serta pengetahua­n yang dipelajari lalu dikaitkan dengan masalah yang diberi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Puan Nor Aliza Mohd Arif
Puan Nor Aliza Mohd Arif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia