Berita Harian

Pameran kemerdekaa­n asuh murid hargai kebebasan, kemajuan negara

-

Nilai:

Melentur buluh biarlah waktu rebung menjadi peribahasa sesuai menggambar­kan objektif penganjura­n Pameran Kemerdekaa­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jasmin, di sini, sejak pertengaha­n Ogos lalu.

Guru Besarnya, Encik Mohd Azhar Abu Zarin, berkata pihaknya mahu murid sekolah berkenaan mengetahui perjuangan yang dilakukan oleh generasi terdahulu untuk membolehka­n mereka menikmati kemerdekaa­n hari ini.

“Generasi muda ketika ini lahir pada zaman yang serba moden dan mudah. Jika tidak didedahkan dengan sejarah terutama kesusahan dilalui oleh generasi lama untuk menuntut kemerdekaa­n, mereka akan membesar menjadi orang yang tidak bersyukur.

“Menyedari perkara ini, saya meminta panitia sejarah mengadakan pameran kemerdekaa­n dengan kerjasama semua guru, murid dan ibu bapa sendiri,” katanya ketika ditemui di SK Desa Jasmin, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir melawat bilik pameran berkenaan ialah Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Puan Rodiah Mohd Jan.

Semangat patriotik

Encik Mohd Azhar berkata, pameran yang bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga hujung bulan ini di bilik tayangan sekolah itu, antara lain memaparkan maklumat dan ringkasan peristiwa penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaa­n.

Turut dipamerkan adalah maklumat dan gambar berkaitan perjuangan pelbagai pihak menuntut kemerdekaa­n termasuk melawan penjajah terutama membabitka­n kekejaman Jepun dan pengganas komunis yang seterusnya mampu menyemai sifat patriotik dalam kalangan murid.

Selain itu, koleksi pelbagai barangan antik termasuk seterika arang dan mesin jahit, tudung saji diperbuat daripada daun mengkuang, kukur kelapa, gayung dan replika rumah tradisiona­l Melayu turut dipamerkan.

“Diharap apabila murid melihat barangan yang digunakan oleh generasi dahulu termasuk datuk dan nenek moyang sendiri, mereka akan menyedari bahawa kehidupan zaman itu tidak semudah dan moden seperti sekarang.

“Kesedaran ini akan mendorong mereka bersyukur kerana tidak perlu bersusah payah lagi seperti nenek moyang mereka disebabkan perubahan teknologi yang berlaku seiring perubahan zaman, sekali gus memudahkan kehidupan.

“Sebagai contoh, mereka akan terfikir betapa mudahnya menggosok pakaian sekarang kerana tidak perlu membakar arang terlebih dahulu. Selain itu, mereka juga tertarik melihat bagaimana orang dahulu menggunaka­n kukur kelapa kerana kini semuanya dilakukan menggunaka­n mesin,” katanya.

 ??  ?? Puan Rodiah Mohd Jan pelajar SK Desa Jasmin. (belakang, lapan dari kiri) bergambar bersama-sama guru dan
Puan Rodiah Mohd Jan pelajar SK Desa Jasmin. (belakang, lapan dari kiri) bergambar bersama-sama guru dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia