Berita Harian

Atlet negara meriahkan sambutan

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Sambutan penutup bulan kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling 2 di sini, dimeriahka­n dengan kehadiran dua atlet gimnastik negara, Cik Chong Lok Yi dan Cik Chai Jia Yue baru-baru ini.

Guru Besarnya, Encik Razali Muda, berkata tujuan pihaknya menjemput atlet negara adalah bagi memberi semangat kepada murid sekolah itu bahawa melalui sukan juga seseorang itu mampu mengharumk­an nama negara tercinta.

“Sebelum ini juga kita ada menjemput beberapa atlet negara dan ternyata maklum balas yang diterima daripada murid sekolah ini begitu positif sekali.

“Mereka cukup teruja setiap kali ada tetamu yang datang apatah lagi atlet negara yang mengharumk­an negara dalam temasya sukan besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan juga Sukan Malaysia (SUKMA),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Selain sesi bergambar dan ramah mesra antara murid dan atlet negara, sambutan itu turut menjemput murid daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Wen, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sarawathy.

Jemputan itu bagi mengeratka­n perpaduan kepelbagai­an kaum di Malaysia dengan persembaha­n budaya, manakala SK Bandar Baru Seri Petaling 2 turut mempersemb­ahkan tarian Sumazau yang dibawa khas oleh anak-anak Sabah sekolah itu.

 ??  ?? Encik Razali Muda (kiri) bersama gimnas negara, Cik Chong Lok Yi dan Cik Chai Jia Yue memotong kek sambil diperhatik­an murid.
Encik Razali Muda (kiri) bersama gimnas negara, Cik Chong Lok Yi dan Cik Chai Jia Yue memotong kek sambil diperhatik­an murid.
 ??  ?? SK Bandar Baru Seri Petaling 2 membuat persembaha­n Tarian Sumazau.
SK Bandar Baru Seri Petaling 2 membuat persembaha­n Tarian Sumazau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia