Berita Harian

Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia

-

Healthcare Bhd, RM7.82; QL Resources Bhd, RM6.50 dan Pinehill Pacific Bhd, RM0.44.

Antara berita ekonomi pula, inflasi Malaysia, seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna (IHP), menunjukka­n pertumbuha­n sederhana sebanyak 0.2 peratus pada Ogos, berbanding

0.9 peratus tahun ke tahun yang direkodkan pada Julai.

Jabatan Perangkaan berkata, pertumbuha­n IHP sebanyak 0.2 peratus pada Ogos mencatatka­n kadar terendah dalam tempoh 42 bulan.

Kelembapan ini disebabkan khususnya kenaikan kos bahan api yang menyebabka­n indeks bagi pengangkut­an meningkat

2.1 peratus, berbanding dengan 6.7 peratus yang direkodkan pada Julai 2018.

Selain kenaikan dalam kumpulan Pengangkut­an, kenaikan harga dalam Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.0 peratus), Pendidikan (+1.1 peratus), Restoran & Hotel

(+0.7 peratus) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+0.4 peratus) juga menyumbang kepada kenaikan IHP Ogos 2018,

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan rizab antarabang­sanya berjumlah AS$103.9 bilion pada 14 September 2018.

Bank pusat berkata, paras rizab yang lebih rendah, mencermink­an sebahagian besarnya aliran keluar portfolio, seperti yang dialami di rantau ini sekarang.

Dalam kenyataann­ya, BNM berkata kedudukan rizab ini, memadai untuk menampung pembiayaan 8.1 bulan import tertangguh dan adalah 0.9 kali ganda hutang luar negeri jangka pendek.

Untuk pergerakan mingguan, KLCI turun -10.82 mata untuk ditutup pada 1,792.94.

Pasaran Asia sebahagian besarnya positif pada Selasa, walaupun ketegangan perdaganga­n antara AS dan China masih ada.

Jumlah dagangan jatuh kepada 1.788 bilion saham yang diniagakan, manakala nilai pasaran menurun kepada RM1.977 bilion.

Semua Indeks Bursa turun kecuali indeks Perindustr­ian.

Kaunter-kaunter yang mencatatka­n keuntungan termasuk LPG (LP: RM19.00, + RM0.26), MI (LP: RM3.15, + RM0.22), GKENT

(LP: RM1.35, + RM0.09), MISC

(LP: RM5.97 ,+ RM0.08), WCT

(LP: RM0.93, + RM0.07), dan

MYEG (LP: RM1.70, + RM0.06).

Kaunter rugi termasuk

IHH (LP: RM5.06, -(LP: RM5.10, -RM0.22), CIMB (LP: RM6.04, -RM0.19), RHBBANK (LP:

RM5.31, -RM0.13), LITRAK (LP: RM4.74, -RM0.12), Airasia (LP: RM3.04, -RM0.09), dan

IJM (LP: RM1.77, -RM0.08).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM1.1 juta. Ringgit menyusut nilai kepada RM4.1435 berbanding dolar AS.

Pada Rabu, KLCI naik

7.77 mata untuk ditutup pada 1,800.71. Pasaran Asia kebanyakan­nya meningkat pada Rabu apabila pelabur tidak mempedulik­an akan peningkata­n ketegangan perdaganga­n antara AS dan China.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.007 bilion saham yang didagangka­n, manakala nilai pasaran menurun kepada RM1.896 bilion.

Semua Indeks Bursa adalah positif hari itu kecuali Industri.

Antara kaunter yang mencatatka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia