Berita Harian

MCPF syor penjara kes jual arak tercemar

-

Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangk­an kerajaan memperkena­lkan hukuman penjara mandatori bagi individu yang menjual alkohol diseludup atau dicemari.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia juga perlu selari dengan usaha meminda undang-undang sedia ada membabitka­n operasi penjualan minuman beralkohol berikutan premis arak kini diibaratka­n cendawan tumbuh selepas hujan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dapat melakukan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa di premis terbabit bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

“Saya percaya kurangnya kawalan terhadap penjualan alkohol menyebabka­n kes keracunan metanol banyak dilaporkan.

“Hingga kini, masih banyak premis menjual minuman beralkohol yang diseludup atau dicampurka­n bahan lain sebelum dijual secara murah.

Sampel rawak

“Selain pemeriksaa­n berterusan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia perlu tampil membantu mendapatka­n sampel rawak untuk menentukan sama ada minuman keras dicemari atau mengandung­i tahap metanol yang tinggi.

“Pada masa sama, rakyat Malaysia harus membuang sikap tidak ambil peduli, selain membantu pihak berkuasa menangani masalah pengambila­n arak berlebihan yang boleh menyebabka­n masalah sosial, kegagalan dalam pembelajar­an, kemalangan jalan raya dan pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Lam Thye melahirkan perasaan hairan susulan analisis Kementeria­n Kesihatan sebelum ini yang mendedahka­n ada premis masih berdegil menjual arak mengandung­i metanol melebihi tahap dibenarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia