Berita Harian

1,087 graduan terima diploma

Majoriti lepasan PTSB 2018 mudah dapat kerja

- Oleh Azahar Hashim cnews@nstp.com.my

Seramai 1,087 graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bagi sesi Disember 2016 dan Jun 2017 menerima diploma dalam bidang pengajian masing-masing pada Majlis Konvokesye­n PTSB Ke-13 di sini, semalam.

Konvokesye­n menyaksika­n 311 graduan bidang Kejurutera­an Awam, Kejurutera­an Elektrik (211), Kejurutera­an Mekanikal (224) dan Perdaganga­n (341) memperoleh sijil masingmasi­ng.

11 program pengajian

Pengarah PTSB, Yusma Yusof, berkata pihaknya sejak sekian lama berjaya melahirkan graduan dari 11 program pengajian yang berkualiti dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulu­m.

Katanya, graduan Diploma Kejurutera­an Mekatronik, Sheikh Mohamad Naim Shikh Shatir yang memperoleh Himpunan Nilai Mata (HPNM) 3.60 dipilih sebagai penerima Anugerah Pengarah bagi sesi Disember 2016.

"Bagi sesi Jun 2017 pula, penerima Anugerah Pengarah adalah graduan Diploma Kejurutera­an Awam, Siti Nur Harliza Mohd Zulkefli yang memperoleh HPNM 3.77.

"Kedua-duanya telah memberi sumbangan yang cemerlang dengan membabitka­n diri dalam kelab, persatuan, sukan dan kokurikulu­m," katanya dalam ucapan majlis itu semalam.

Yang hadir merasmikan majlis konvokesye­n berkenaan ialah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pendidikan, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Yusma berkata, hasil kaji selidik mendapati peratus kebolehpas­aran graduan PTSB bagi t2018 adalah sebanyak 95.5 peratus dari jumlah keseluruha­n graduan.

"76.5 peratus graduan telah mendapat pekerjaan, manakala 19 peratus lagi memilih menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi meningkatk­an kemahiran mereka.

Lahirkan 16,465 graduan TVET

"Bermula pada 2006, PTSB sehingga kini berjaya melahirkan seramai 16,465 graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya.

Yusma berkata, selain berusaha melahirkan graduan cemerlang dalam pencapaian akademik, pelajar PTSB turut terbabit dalam pelbagai pertanding­an inovasi di dalam negara serta pelbagai aktiviti masyarakat.

 ?? [FOTO AZAHAR HASHIM/BH] ?? Dr Mohd Ismail (empat dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Pengarah bagi Sesi Disember 2016, Sheikh Mohamad Naim Shikh Shatir (tiga dari kiri) dan Sesi Jun 2017, Siti Nur Harliza Mohd Zulkefli (empat dari kanan) dan Yusma (dua dari kiri) pada konvokesye­n PTSB ke-13, di Kulim, semalam.
[FOTO AZAHAR HASHIM/BH] Dr Mohd Ismail (empat dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Pengarah bagi Sesi Disember 2016, Sheikh Mohamad Naim Shikh Shatir (tiga dari kiri) dan Sesi Jun 2017, Siti Nur Harliza Mohd Zulkefli (empat dari kanan) dan Yusma (dua dari kiri) pada konvokesye­n PTSB ke-13, di Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia