Berita Harian

Syor akta khas kes gangguan seksual

Undang-undang sedia ada agak longgar, sukar sabit kesalahan perlu dipinda

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Negara ini memerlukan akta khas berkaitan gangguan seksual yang lebih kukuh bagi memastikan pesalah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman setimpal.

Langkah itu bagi menambah baik undang-undang sedia ada yang agak ‘longgar’ dan menyebabka­n individu dituduh sukar disabitkan kesalahan.

Peruntukan sedia ada juga tidak menyentuh secara langsung isu gangguan seksual tetapi lebih bersifat umum berkenaan jenayah.

Akta Gangguan Seksual hanya membabitka­n isu berkenaan di tempat kerja khususnya di sektor awam.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Ramkarpal Singh, berkata Kod Amalan Gangguan Seksual disediakan Kementeria­n Sumber Manusia bagi menangani masalah itu di sektor awam, tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang.

Jika ada kuasa undang-undang mengikut Akta Pekerjaan, ia pula terhad kepada sektor swasta.

“Masalah utama kita adalah tidak mempunyai definisi gangguan seksual yang jelas. Sebagai contoh, pekerja wanita melaporkan kepada orang atasan mengalami gangguan seksual yang teruk di tempat kerja.

“Kemudian satu jawatankua­sa siasatan ditubuhkan dan mendapati tiada keterangan kukuh membuktika­n berlaku gangguan seksual berkaitan kes dilaporkan,” katanya.

Ramkarpal berkata demikian pada Persidanga­n ‘Wanita Harapan Negara’ sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini, baru-baru ini.

Persidanga­n itu turut menampilka­n tujuh panel lain yang terdiri daripada pakar akademik, mangsa keganasan, pelajar yang mewakili generasi muda untuk berkongsi pengalaman dan perjuangan mereka sebagai wanita dalam kehidupan.

Akta khas lindungi mangsa

Menerusi topik ‘Gangguan Seksual Melalui Perspektif Undang-undang’, beliau menegaskan, definisi khas mengenai gangguan seksual perlu ditetapkan bagi mengelakka­n kekeliruan atau percanggah­an pendapat dalam menangani isu berkenaan.

“Kita perlu memperkena­lkan badan undang-undang seperti Akta Gangguan Seksual seperti di Singapura yang mempunyai akta untuk memberi perlindung­an kepada mangsa meliputi semua tempat tanpa terhad di tempat kerja.

“Bagaimana sekiranya bekas teman lelaki mengganggu bekas teman wanitanya? Ia tidak tertakluk kepada Akta Pekerjaan atau Kod Amalan Gangguan Seksual, jadi bagaimana tindakan perlu diambil?” katanya.

Katanya, banyak perkara perlu diambil kira termasuk keperluan perlindung­an segera kepada mangsa, sebagaiman­a Perintah Perlindung­an Interim yang diberikan kepada wanita mangsa keganasan rumah tangga.

Stigma masyarakat terhadap mangsa gangguan seksual yang negatif, menyebabka­n mereka enggan membuat laporan.

Undang-undang diperlukan untuk melindungi identiti mangsa selain membuka ruang mereka tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata kerajaan memandang serius isu gangguan seksual kerana ia berpotensi berlaku di mana sahaja sama ada di sektor awam, swasta dan tempat awam tanpa mengira usia.

“Pada 2015 sehingga tahun lalu, seramai 47 penjawat awam dikenakan hukuman tatatertib atas kesalahan gangguan seksual.

“Manakala di sektor swasta pula, 60 kes dilaporkan dikenakan hukuman tatatertib pada tempoh sama dan kita percaya banyak lagi kes tidak dilaporkan.

“Contohnya, baru-baru ini, ada dilaporkan kes gangguan seksual yang membabitka­n ketua jabatan sebuah hospital,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­n sedang mengkaji bagaimana untuk memperbaik­i peraturan sedia ada bagi membantu dan memudahkan mangsa melaporkan gangguan seksual.

Hukuman setimpal

“Badan siasatan bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes ini, sedang mengkaji keperluan mewujudkan akta khusus menangani gangguan seksual.

“Ia membabitka­n pelbagai pihak berkepenti­ngan untuk membincang­kan perkara ini dengan lebih mendalam yang mana wakil dalam jawatankua­sa akan memastikan mangsa terbela dan hukuman setimpal dijatuhkan kepada pesalah sekiranya disabitkan dengan tuduhan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tahun Tiga, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Nor Ainin Azman, berkata di institusi pengajian tinggi (IPT) juga tidak terlepas isu gangguan seksual, selain stigma yang menghalang mereka tampil membuat laporan.

“Di UM, kita mempunyai Biro Aduan Gangguan Seksual tetapi tidak sampai separuh daripada lebih 50 mangsa yang direkodkan sanggup untuk tampil membuat aduan.

“Kita boleh meminta wanita melaporkan gangguan seksual tetapi sekiranya stigma masih menebal, ia sukar dihapuskan,” katanya.

Justeru, mewakili generasi muda, Nor Ainin berharap masalah berkaitan stigma perlu ditangani dengan meningkatk­an kesedaran dan perundanga­n yang tegas.

Masalah utama kita adalah tidak mempunyai definisi gangguan seksual yang jelas. Sebagai contoh, pekerja wanita melaporkan kepada orang atasan mengalami gangguan seksual yang teruk di tempat kerja” Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? sempena Hari Wanita Kebangsaan 2018 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini. Gambar kanan sebahagian peserta persidanga­n.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] sempena Hari Wanita Kebangsaan 2018 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini. Gambar kanan sebahagian peserta persidanga­n.
 ??  ?? Panel persidanga­n ‘Wanita Harapan Negara’
Panel persidanga­n ‘Wanita Harapan Negara’
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia