Berita Harian

May mahu pilihan raya awal

Niat cari sokongan selamatkan Brexit, kedudukan PM Britain

-

Pembantu Perdana Menteri Britain, Theresa May (kiri) dilaporkan sedang merangka satu rancangan diluar jangkaan untuk mengadakan pilihan raya awal, November ini.

Akhbar Sunday Times melaporkan, pilihan raya ‘mengejutka­n’ itu adalah antara usaha pentadbira­n May untuk menyelamat­kan Brexit dan kedudukan perdana menteri itu sendiri.

Menurut akhbar itu lagi, dua pegawai kanan pejabat May, yang mengendali­kan hal ehwal politik dipercayai sudah memulakan langkah itu, bagi mendapatka­n sokongan orang ramai terhadap pelan terbaru yang bakal dilaksanak­an.

Kritikan hebat

Pilihan raya itu dikatakan perlu diadakan selepas cadangan mengenai Brexit yang dikemukaka­n pada mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Salzburg, Austria, barubaru ini, mendapat kritikan hebat.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri Britain, Downing Street, gagal dihubungi untuk mengesahka­n laporan akhbar berkenaan.

Dalam perkembang­an sama, timbalan ketua parti pembangkan­g, Parti Buruh, Tom Watson berkata, kerajaan pimpinan May berada di ambang kehancuran dan mungkin satu lagi pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi.

Watson berkata, jika ahli di persidanga­n tahunan parti itu di Liverpool menyokong gagasan untuk mengadakan pungutan suara kedua untuk Brexit, sukar bagi kepimpinan parti untuk mengabaika­nnya.

“Bagi saya, agak sukar difahami jika Persidanga­n Parti Buruh memutuskan untuk mengadakan ikrar manifesto suara rakyat dan kita menentang keputusan itu,” katanya kepada Sky News.

“Kerajaan ini di ambang kehancuran, kita boleh mengadakan satu lagi pilihan raya menjelang Brexit.” katanya.

Lebih cenderung

Terdahulu, ketua pembangkan­g Parti Buruh, Jeremy Corbyn, semalam berkata dia lebih cenderung untuk pilihan raya diadakan daripada membuat pungutan suara kali kedua ke atas isu Brexit.

Persidanga­n tahunan parti berkenaan di Liverpool, dijangka akan mendebatka­n idea menyokong pungutan suara kedua dan beliau akan akur dengan keputusan anggota parti.

“Pilihan kami adalah pilihan raya dan kita boleh membuat rundingan mengenai perhubunga­n masa depan dengan Eropah. Tapi, biarlah kita lihat pencapaian daripada persidanga­n ini,” katanya kepada BBC TV.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia