Berita Harian

Washington beriamaran negara bantu Pyongyang

-

Washington: Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, Washington tidak teragakaga­k untuk melaksanak­an sekatan ke atas mana-mana kapal yang membekalka­n minyak kepada Korea Utara.

Kenyataan itu dianggap sebagai satu amaran kepada Russia selepas Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Moscow melanggar sekatan yang dikuat kuasa badan dunia itu.

AS akan laksana sekatan

“Korea Utara terus melaksanak­an pelbagai cara bagi mengelakka­n sekatan oleh PBB.

“Negara anggota PBB perlu melarang pemindahan minyak dari sebuah kapal ke sebuah kapal yang lain untuk negara yang dikenakan sekatan.

“Amerika Syarikat tidak teragak-agak untuk melaksanak­an sekatan terhadap mana-mana individu, entiti atau kapal yang menyokong kegiatan tidak sah Korea Utara, tanpa mengira kewarganeg­araan,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert.

Sejak 2006, kesemua negara anggota Majlis Keselamata­n PBB (UNSC) sebulat suara meluluskan beberapa sekatan terhadap Korea Utara, dalam usaha menyekat dana bagi membiayai program nuklear dan peluru berpandu negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia