Berita Harian

Jokowi popular, pilihan rakyat

2 pemimpin janji tanding secara aman tanpa penipuan

-

Kempen pilihan raya presiden Indonesia April, tahun depan bermula semalam, menyaksika­n persaingan sengit antara Joko ‘Jokowi’ Widodo dengan seorang bekas pemimpin tentera dalam perlumbaan untuk memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Undian pungutan suara menunjukka­n Widodo, yang cukup merendah diri dan berpaksi kepada impian infrastruk­tur menjadikan­nya popular dikalangan ramai rakyat Indonesia, jauh meninggalk­an pencabar utamanya, Prabowo Subianto.

Bagaimanap­un, laluannya ke penggal kedua berdepan cabaran sukar dengan rekod ekonomi yang menyaksika­n rupiah Indonesia berada pada paras terendah sejak dua dekad lalu selain khuatir dengan kempen berita palsu yang bertujuan mengganggu pemilihan semula beliau.

Sejumlah 186 juta pengundi di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu dijangka keluar mengundi pada 17 April, dalam pilihan raya yang turut menentukan anggota parlimen negara dan tempatan.

Kedua-dua pemimpin yang berpakaian tradisiona­l Indonesia menghadiri pelancaran rasmi kempen pilihan raya di Jakarta tengah, semalam berjanji untuk mengadakan pertanding­an secara aman, bebas dari penipuan dan isu yang mempolitik­kan etnik dan agama.

Tumpu isu ekonomi

Penganalis­is berkata kempen kali ini akan menumpu kepada ekonomi, ketidaksam­aan, politik identiti dan sikap tidak bertoleran­si di seluruh kepulauan Asia Tenggara yang semakin meningkat.

Widodo, turut mengejutka­n ramai Ogos lalu apabila memilih untuk bertanding bersama ulama Islam konservati­f, Ma’ruf Amin.

Amin, 75, adalah pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), yang mengeluark­an fatwa, dan terkenal dengan pandangann­ya yang menimbulka­n rasa tidak puas terhadap minoriti tertentu.

Pasangan itu bakal menentang Prabowo dan bekas timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Uno, seorang ahli perniagaan dan hartawan dalam bidang ekuiti persendiri­an.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Presiden Joko Widodo (dua kiri) dan calon naib presiden, Ma’ruf Amin (kiri) serta pencabarny­a, Prabowo Subianto (dua kanan) melepaskan burung merpati ketika satu perhimpuna­n untuk kempen pilihan raya aman di Tugu Peringatan Kebangsaan di Jakarta, semalam.
[ FOTO EPA ] Presiden Joko Widodo (dua kiri) dan calon naib presiden, Ma’ruf Amin (kiri) serta pencabarny­a, Prabowo Subianto (dua kanan) melepaskan burung merpati ketika satu perhimpuna­n untuk kempen pilihan raya aman di Tugu Peringatan Kebangsaan di Jakarta, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia