Berita Harian

Presiden Maldives dijangka kekal status pemimpin

-

Male: Presiden Maldives, Abdulla Yameen dijangka dapat mengekalka­n status beliau ketika negara itu mengadakan pilihan raya, semalam di sebalik kritikan dari dalam dan luar negara mengenai ketelusan pemimpin berkenaan.

Negara yang terletak di Lautan Hindi dengan 400,000 penduduk kini menjadi tumpuan saingan antara India dan China, yang menyokong program pembaharua­n yang dilaksanak­an oleh Abdulla, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n barat berhubung pengaruh Beijing.

Lebih 250,000 penduduk negara itu layak mengundi, sebaik sahaja 400 pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu, hari ini, yang terkenal dengan pusat peranginan mewah dalam kalangan pelancong barat.

Abdulla, 59, berusaha mengekalka­n jawatannya bagi penggal kedua selama lima tahun.

Ratusan warga berbaris di luar pusat mengundi di ibu negara sejak awal pagi lagi manakala yang lain sudah berkumpul sejak malam kelmarin.

“Saya mahu mengundi untuk memperbaik­i kesilapan saya pada 2013. Saya mahu mengundi untuk membebaska­n Presiden Maumoon (Gayoom),” kata Nazima Hassan yang berusia 44 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia