Berita Harian

Penjenayah menyamar wanita Islam diburu polis

-

Vienna: Seorang penjenayah yang menyamar sebagai perempuan Islam, lengkap dengan memakai tudung kini menjadi buruan polis Austria atas dakwaan merompak bank.

Insiden ini berlaku beberapa minggu selepas seorang lagi lelaki melakukan perkara yang sama.

Difahamkan, pihak polis menawarkan £2,000 (kira-kira RM11,000) sebagai ganjaran untuk sebarang maklumat mengenai identiti lelaki berkenaan yang merompak Denizbank di Linz, Upper Austria, barubaru ini.

Pihak berkuasa juga menyiarkan gambar lelaki itu yang memakai tudung dan seluar belang sambil membawa troli serta beg.

Suspek juga dilihat memakai cermin mata, topeng getah serta memakai gincu bibir.

Lelaki itu yang bersenjata­kan pistol masuk ke cawangan bank berkenaan dan memaksa seorang petugas menyerahka­n sejumlah wang sebelum melarikan diri dengan sebuah skuter.

Sebelum kejadian berkenaan, suspek cuba merompak sebuah lagi bank di Vienna tetapi gagal selepas petugas di bank itu menjerit meminta tolong.

Pistol warna emas

Penjenayah itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dan memiliki ketinggian 179 hingga 188 sentimeter.

Pada bulan lalu polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki merompak sebuah bank Turki di Vienna dengan memakai tudung serta membawa pistol berwarna emas.

Lelaki itu menyerahka­n nota bagi meminta wang daripada seorang petugas bank sebelum melarikan wang berjumlah beribu-ribu Euro. Suspek ditangkap selepas seorang saksi mengekorin­ya sebelum merakamkan gambar lelaki itu sedang berehat di taman selepas merompak bank berkenaan.

Polis berkata, rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n ada dua lelaki berbeza yang memakai tudung melakukan sekurang-kurangnya empat rompakan di Vienna dan Linz.

Bagaimanap­un, polis tidak mendapat laporan kaitan antara kedua-dua suspek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia