Berita Harian

4 jerung dibunuh serang pelancong

Australia guna alat khas tangkap jerung berukuran 3.3 meter

-

Pihak berkuasa Australia membunuh empat jerung, selepas dua mangsa diserang ketika berada di Terumbu Karang Besar, iaitu destinasi popular di kalangan pelancong.

Kedua-dua mangsa, termasuk remaja berumur 12 tahun, masih dirawat di hospital selepas dibaham haiwan itu dalam kejadian berasingan pada awal minggu ini, di Kepulauan Whitsunday.

Jurucakap Jabatan Perikanan Queensland, berkata alat khas digunakan untuk menangkap jerung berkenaan, yang salah satu berukuran 3.3 meter.

Bangkai dimusnah

“Jerung sebesar ini memang amat berbahaya kepada manusia, namun tidak diketahui sama ada mereka yang menyerang dan mengakibat­kan kecederaan dua mangsa itu, baru-baru ini.

“Bangkai jerung itu akan dibawa ke daratan untuk dimusnahka­n,“ katanya.

Beliau berkata, alat khas akan diletakkan di kawasan terbabit hingga minggu depan, bagi mengurangk­an risiko kemalangan kepada pengunjung.

Stesen penyiaran ABC berkata, insiden serangan jerung jarang berlaku di Kepulauan Whitsunday­s yang terletak di tengahteng­ah Terumbu Karang Besar berkenaan, dan kali terakhir ia dilaporkan berlaku kira-kira lapan tahun lalu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ??
[ FOTO AGENSI ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia