Berita Harian

Woods kembali berbisa

-

Atlanta: Tiger Woods hanya ‘selangkah’ untuk menamatkan kemarau kemenangan­nya selama lima tahun selepas mendahului hari ketiga Kejuaraan Jelajah PGA, dengan kelebihan tiga pukulan, semalam.

Woods, 42, tampak berada di kelas tersendiri apabila mencatatka­n lima bawah par 65 yang menyaksika­nnya mengumpul keseluruha­n 12 bawah par 198 di lapangan Kelab Golf East Lake.

Selepas melakukan birdie pada lubang pertama par empat, bintang golf Amerika Syarikat (AS) itu tidak menoleh ke belakang untuk mencatatka­n lima birdie berturuttu­rut bermula daripada lubang ketiga.

Prestasi baiknya itu hadir menerusi gabungan pukulan iron dan putt menarik, termasuk ketika melakukan putt pada jarak enam meter untuk birdie pada lubang keempat.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut melakukan ‘magis’ pada lubang ketujuh apabila melakukan pukulan iron pada jarak 52 meter sebelum ia singgah kurang dua meter daripada lubang yang dilengkapk­an dengan birdie.

Dia begitupun dinafikan kelebihan lebih besar apabila melakukan bogey pada lubang kesembilan dan 16.

“Saya memperoleh permulaan yang baik dan melakukan beberapa pukulan putt yang baik. Saya meletakkan diri saya di kedudukan yang baik juga, jadi saya boleh melakukan beberapa deretan putt,” kata Woods.

Berbaki satu pusingan, Woods ketika ini memimpin carta dengan kelebihan tiga pukulan di belakang Rory Mcilroy dan pemain nombor satu dunia, Justin Rose yang melakukan sembilan bawah par.

 ??  ?? Tiger Woods
Tiger Woods

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia