Berita Harian

Cabaran NST C-cycle Challenge

Promosi gaya hidup sihat, galak interaksi keluarga capai objektif

-

Oleh Aliza Shah, Masriwanie Muhamading, Beatrice Nita Jay dan Dawn Chan

Kuala Langat

MSri Lee Lam Thye, Ketua Pegawai Operasi Eco World Developmen­t Group Bhd Datuk Sundarajoo Somu, Pengurus Besar Bahagian Eco World Developmen­t Group Bhd Ho Kwee Hong, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif NST Muzli Mohd Zin.

Bilangan peserta

Abdul Jalil berkata, bilangan peserta amat menggalakk­an pada kali pertama cabaran itu diadakan tahun lalu dan trend sama dilihat pada tahun ini dengan penyertaan hampir 1,200 penunggang tempatan dan antarabang­sa.

“Bersama-sama dengan Eco World Developmen­t Group Bhd, kami berharap agar acara ketiga akan dianjurkan tahun depan dan ia akan menarik lebih ramai penunggang,” katanya.

Dikatakan antara acara berbasikal terulung negara, edisi kedua NST C-cycle Challenge menyaksika­n penunggang menyertai kategori 160km Century Ride dan 35km Fun Ride.

Abdul Jalil berkata, penganjur bercadang untuk memperkena­lkan kategori ketiga tahun depan dengan peserta melalui cabaran di laluan antara 70km hingga 75km.

Tahun ini, cabaran itu menyaksika­n sebanyak 28 pasukan penunggang profesiona­l termasuk Pasukan Berbasikal Terengganu, Pasukan Berbasikal Angkatan Keselamata­n, Pasukan PDRM G Cycling dan Pasukan Armaniz Cycling.

Pada masa sama, ramai penunggang amatur dan profesiona­l turut mengambil bahagian dalam cabaran semalam termasuk dalam kalangan pengurusan kanan syarikat korporat dan industri.

Sekurang-kurangnya 12 peneraju industri menyertai cabaran itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid; Pengarah Urusan Sysmex Malaysia Sdn Bhd Albert Tan, Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Datin Azlaily Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti Vision Media Sdn Bhd Engku Emran Engku Zainal Abidin, dan blogger Datuk Ahirudin Attan.

Peserta berpeluang menikmati laluan yang indah antaranyap­ersiaran Rimbayu, Jalan Johan Setia-jalan Klang Banting-jalan Chodoi, Jalan Moribtanju­ng Sepat-jalan Sepang dan Jalan Sijangkang Utama.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH] ?? Abdul Jalil (kanan) dan Pengurus Besar Eco Sanctuary, Chau Chun Hoo (dua dari kiri) bersama Juara Kumpulan dari TSG pada majlis penyampaia­n hadiah kategori Century Ride di Eco Sanctuary Kota Kemuning, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ /BH] Abdul Jalil (kanan) dan Pengurus Besar Eco Sanctuary, Chau Chun Hoo (dua dari kiri) bersama Juara Kumpulan dari TSG pada majlis penyampaia­n hadiah kategori Century Ride di Eco Sanctuary Kota Kemuning, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia