Berita Harian

Serdang Angels juara lagi

Juara kelima Ragbi Super 8 IPT kalahkah UITM Lions

- Oleh Haika Khazi

Skuad Serdang Angels UPM membuktika­n mereka berada dalam kelas tersendiri apabila mempertaha­nkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2018 untuk tahun kelima berturut-turut selepas membenam UITM Lions 30-12 di Stadium UPM, di sini, semalam.

Diperkuatk­an dengan sembilan pemain kebangsaan, Serdang Angels bermula garang apabila mendahului UITM Lions 22-5 sebelum separuh masa menerusi empat try dan satu conversion yang dilakukan oleh Mohd Nurazman Ramli, Wan Izzudin Ismail, Mohd Faizal Md Tahir dan Faat Hor Rozi Ismail.

Bersambung babak kedua Serdang Angels terus menggandak­an asakan untuk menambah lapan lagi mata menerusi satu try (Mohamad Syarif Saiful Aazwan Sudin) dan satu penalti (Mohd Faizal), manakala UITM Lions pula memperoleh tujuh lagi mata menerusi satu try dan satu conversion sekali gus membolehka­n Serdang Angels mencatat kemenangan 30-12.

Kemenangan itu membolehka­n Serdang Angels membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan manakala UITM Lions berpuas hati dengan RM3,000.

Capai sasaran

Jurulatih Serdang Angels, Khairizal Ali Amat gembira kerana anak buahnya berjaya mencapai sasaran untuk mempertaha­nkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut sejak 2014.

“Kunci utama kejayaan kami adalah kerjasama erat antara pemain kebangsaan yang beraksi di Sukan Asia Jakarta-palembang bulan lalu dan pemain lain. Jadi, pengalaman pemain kebangsaan itu mampu membantu pemain lain memperagak­an aksi terbaik,” katanya.

Kejohanan ini disertai lapan pasukan - empat pasukan mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), dua pasukan daripada Majlis Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MASISWA) dan satu pasukan Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan satu pasukan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM).

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] ?? Pemain Serdang Angels UPM meraikan kemenangan selepas mengalahka­n UITM Lions dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Super 8 IPT di Stadium UPM, Serdang, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] Pemain Serdang Angels UPM meraikan kemenangan selepas mengalahka­n UITM Lions dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Super 8 IPT di Stadium UPM, Serdang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia