Berita Harian

Kasma tamat kemarau di Kangar

-

Kuala Lumpur: Kasma Daniel Kasmayudin menamatkan penantian podium, sekali gus kembali merapatkan jurang dengan pendahulu dalam usaha untuk mempertaha­nkan gelaran keseluruha­n selepas menjuarai perlumbaan akhir CP150 pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu yang gagal menaiki podium pada dua pusingan lalu kembali mendapat rentak menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruha­n 13 minit 52.854 saat, mengatasi pendahulu keseluruha­n ketika ini Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing).

Mendahului perlumbaan

Afif yang suatu ketika mendahului perlumbaan sebelum dipintas Kasma pada pertengaha­n perlumbaan menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruha­n 13’53.055s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman di tempat ketiga dengan masa 13’56.529s.

“Perlumbaan hari ini (semalam) sangat sengit dan seperti biasa Afif terus memberikan tekanan di belakang. Namun kali ini saya cuba untuk terus menjarakka­n diri dengannya kerana sedar peluang memintas di litar ini terhad,” kata Kasma.

Afif bagaimanap­un terus kekal mendahului kedudukan keseluruha­n dengan mengumpul 135 mata, manakala Kasma naik ke tangga kedua dengan 95 mata. Hafiz di tangga ketiga dengan 90 mata.

Sementara itu, Tengku Amirul Haffirudin terus melebarkan penguasaan dalam kelas CP115 apabila meraih kemenangan kelima daripada enam pusingan perlumbaan yang berlangsun­g setakat ini.

Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruha­n 10’58.271s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) kedua, 11:00.683s dan Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) meraih podium pertamanya pada musim ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 11’01.526s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia