Berita Harian

Laluan Malaysia kian sukar

Penentuan nasib pada pertemuan terakhir lawan Jepun Rabu ini

- Oleh Zulfaizan Mansor

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara menempah laluan sukar untuk ke pusingan kalah mati apabila tewas 2-4 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan A, Kejohanan B-16 AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Keputusan itu menyaksika­n Malaysia kekal dengan tiga mata hasil kemenangan 6-2 ke atas Tajikistan, Khamis lalu sementara Thailand yang tewas 2-5 kepada Jepun turut mengumpul jumlah mata yang sama.

Anak buah Lim Teong Kim terpaksa menentukan nasib mereka pada perlawanan terakhir kumpulan berdepan Jepun di gelanggang sama pada Rabu ini.

Malaysia yang memerlukan kemenangan untuk menda- patkan tiket awal ke pusingan kalah mati dikejutkan dengan jaringan ayam tambatan Thailand, Suphanat Mueanta seawal minit ketiga.

Suphanat licik

Namun kedudukan itu hanya bertahan sembilan minit apabila penjaring terbanyak skuad negara, Luqman Hakim Shamsudin menyamakan kedudukan selepas percubaann­ya dalam kotak penalti gagal diselamatk­an penjaga gol, Anuchid Taweesri.

Suphanat bagaimanap­un kembali meletakkan Thailand di depan pada minit ke-21 selepas rembatan leretnya berjaya menewaskan penjaga gol negara, Abdul Alim Al Amri Ali buat kali kedua.

Hanya tiga minit bersambung babak kedua, Malaysia sekali lagi mengikat kedudukan menerusi jaringan jarak dekat Firdaus Kaironnisa­m yang menyudahka­n hantaran Alif Mutalib.

Ketika ribuan penyokong Malaysia masih meraikan jaringan penyamaan itu, nasib malang menimpa skuad Teong Kim apabila Luqman dilayangka­n kad merah oleh pengadil, Omar Mohamed Ahmed Hassan pada minit ke-51 selepas mengasari pemain lawan.

Malah, kesempatan itu digunakan sepenuhnya Thailand untuk mencari gol ketiga dan usaha mereka berhasil apabila Waragon Thongbai tenang menyudahka­n hantaran Thanarin Thumsen pada minit ke-67.

Tidak cukup dengan itu, Thailand menambah satu lagi gol pada minit ke-85 menerusi Apidet Janngam sekali gus mengesahka­n kemenangan 4-2 skuad Gajah Perang.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] ?? Muhamad Alif Mutalib (kiri) diasak pemain Thailand pada perlawanan Malaysia menentang Thailand, semalam.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] Muhamad Alif Mutalib (kiri) diasak pemain Thailand pada perlawanan Malaysia menentang Thailand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia