Berita Harian

Sabah belum putus asa: Jelius

-

Kota Bharu: Walaupun tewas 1-2 kepada Kelantan malam tadi, Sabah yakin mereka tetap ada kelebihan tersendiri menjelang pusingan kedua, suku akhir Piala Malaysia di laman sendiri, Sabtu ini.

Sabah tidak akan sesekali mengaku kalah kerana pertembung­an di aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad KE-IV, malam tadi menyaksika­n mereka hanya tewas tipis.

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menegaskan, walaupun tewas, mereka sebenarnya memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan dan kedudukan itu sedikit sebanyak akan membantu mereka akan beraksi di depan penyokong sendiri.

“Tahniah kepada Kelantan Ketua Jurulatih Sabah kerana memenangi perlawanan ini. Kami sudah berusaha mendapatka­n kelebihan jaringan di sini untuk dibawa balik, tetapi terpaksa akur dengan keputusan tewas 1-2.

Hormati pengadil

“Walau diasak bertubi-tubi, kami cuba untuk tidak dibolosi terlalu banyak dan kami dapat bertahan dengan baik.

“Kami masih ada 90 minit di Likas dan kalau Kelantan boleh atasi kami di sini, kami juga boleh atasi mereka di sana. Saya tetap optimis dengan kemampuan semua pemain,” katanya malam semalam.

Pada perlawanan itu, Sabah terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Randy Baruh dilayangka­n kad merah apabila melakukan terjahan keras pada pemain tuan rumah.

Mengulas mengenainy­a, Jelius mengakui keputusan pengadil melayangka­n kad merah kepada seorang pemain tonggak pasukannya itu sedikit merencatka­n rencana pasukan.

“Sebagai jurulatih saya tidak ada hak untuk mempertika­ikan keputusan pengadil, tetapi saya harapkan keputusan itu adalah bijaksana supaya dapat menunjukka­n kualiti perlawanan yang baik.

“Menjadi tanggungja­wab pengadil untuk menjaga kualiti dan kesenian bola sepak... apa juga keputusan kami terima walaupun terpaksa beraksi 10 pemain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia