Berita Harian

Kita belum terjamin: Yusri

Tuntut anak buah bangkit pada aksi di Kota Kinabalu

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Piala Malaysia, malam kelmarin.

Selepas tamat aksi di Stadium Sultan Muhammad KEIV, jurulatih kelahiran Perlis itu akur mereka terpaksa menerima keputusan dengan hati terbuka biarpun gagal membawa bekalan selesa apabila bertandang di Kota Kinabalu, Sabtu ini.

Katanya tiga peluang terbaik diperolehi Kelantan menerusi penyerang gantian, Cristiano Santos dan Nik Azli Nik Alias gagal diterjemah­kan kepada jaringan.

“Walaupun kita menang tipis, tetapi kita masih mendahului. Ada bagusnya dan tidak, mungkin dari segi jaringan menampakka­n kita sedikit sukar di Likas nanti, tetapi dalam bola sepak ini tiada yang mustahil,” katanya.

Terdahulu, tuan rumah, Kelantan meraih jaringan pertama hasil jaringan pemain import Kyrgyzstan, Baktyiar Duishobeko­v yang menanduk masuk bola sepakan penjuru Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-29.

Terharu penyokong ramai

Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-43, hasil tandukan Hamran Peter, namun selang seminit, Kelantan kembali di depan hasil jaringan Nik Akif Syahiran, hasil sepakan penalti pada minit ke-44.

Hasil kejayaan mara ke saingan kalah mati Piala Malaysia menyaksika­n Sultan Muhammad KE-IV kembali meriah apabila lebih 13,000 penyokong membanjiri gelanggang keramat mereka.

“Saya terharu kerana selama tujuh bulan kami gagal melihat kehadiran ribuan penonton ke stadium, tetapi pada malam ini mereka datang dengan sokongan padu kepada pemain,” kata Yusri yang juga bekas pemain kebangsaan.

“Situasi ini memberikan kekuatan positif kepada pemain untuk menampilka­n aksi lebih cemerlang. Kita perlu menghalang Sabah daripada menghasilk­an jaringan di sana untuk layak ke separuh akhir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia