Berita Harian

Nelayan asing semakin ‘besar kepala’

-

Kuala Penyu: “Kurang ajar dan tidak tahu menghormat­i.” Itu luah nelayan tempatan di sini, yang geram terhadap penceroboh­an bot nelayan asing Vietnam ke perairan negeri ini untuk menangkap ikan.

Rata-rata nelayan di kawasan ini mendakwa perbuatan bot nelayan Vietnam menangkap ikan bukan sahaja mengganggu periuk nasi mereka, malah biadap kerana melakukan tangkapan hasil laut tanpa mempedulik­an nelayan tempatan yang memancing dengan bot kecil.

Nelayan, Wahit Abdullah, 42, berkata tindakan bot nelayan asing ini bukan sahaja menyebabka­n kepupusan ikan, malah menjejaska­n spesies hidupan laut.

“Bot nelayan asing Vietnam yang datang menunda hasil laut kita tanpa ada kawalan yang mana spesies terancam turut terkesan seperti penyu dan hidupan marin lain.

“Ini menyebabka­n hasil nelayan tempatan terjejas teruk. Apa tidaknya, mereka (nelayan Vietnam) dapat satu tan ikan, kita cuma satu bakul sahaja untuk dibawa pulang. Pendapatan dari hasil ikan memang terjejas dengan tindakan nelayan asing ini,” katanya kepada NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia