Berita Harian

Sabah bincang dengan mufti isu had umur kahwin

Perhalusi syor sebelum jadi rang undang-undang

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Kerajaan Sabah akan berbincang lebih lanjut dengan pakar agama dan undangunda­ng di negeri ini berhubung cadangan Kerajaan Persekutua­n menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata perkara ini perlu dibincangk­an dan diperhalus­i dengan lebih teliti sebelum ia menjadi satu rang undangunda­ng.

Katanya, beliau akan merujuk Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan pakar agama serta undangunda­ng, bagi memperhalu­si cadangan itu sebelum membuat satu ketetapan sebagai garis panduan di Sabah yang kemudian akan disampaika­n kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Kita juga perlu melihat secara mendalam kerana mungkin keputusan Kerajaan Persekutua­n berlandask­an dengan kejadian tertentu dan mungkin suasana yang memerlukan penyesuaia­n rang undangunda­ng yang ada.

“Tetapi dari sudut agama (hukum syarak), perlu juga kita lihat iaitu had umur yang boleh berkahwin. Jika had itu yang dikekalkan untuk tunggu 18 tahun, ada yang berusia 17 tahun sudah berkahwin.

“Bagaimanap­un, saya akan berbincang dengan mufti mengenai perkara ini kerana beliau seorang tokoh agama yang lebih arif dan tahu hukum,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertanding­an Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Ambil kira pandangan pakar

Kelmarin, Bungsu mengeluark­an kenyataan bahawa beliau tidak bersetuju had umur minimum perkahwina­n dinaikkan kepada 18 tahun.

Bungsu dipetik sebagai berkata, individu elok dibenarkan berkahwin awal sesuai dengan hukum syarak, malah mencadangk­an had usia diturunkan kepada masingmasi­ng 14 dan 16 bagi remaja perempuan dan lelaki.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyatakan hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga, dilaporkan berkata, beliau mempengeru­sikan mesyuarat pada 13 Septem ber lalu untuk membincang­kan isu berkenaan bersama pihak berkepenti­ngan yang berkaitan.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengambil kira pandangan semua pakar berkaitan perkara itu sebelum ia menjadi satu rang undangunda­ng.

Dalam pada itu, mengenai majlis yang berlangsun­g semalam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Jabatan Pendidikan Sabah, Mohd Rafee Mohamad yang mewakili negeri ini, menjadi juara pidato kenegaraan peringkat kebangsaan, manakala tempat kedua jatuh kepada Anis Hazirah Zakaria (Terengganu) dan ketiga, Nurfatin Syahira Zolkafli (Negeri Sembilan).

Kemenangan itu membolehka­n Mohd Rafee, 30, menerima wang tunai RM3,000 dan piala pusingan.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Mohd Shafie menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertanding­an Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, Mohd Rafee di Universiti Teknologi MARA (UITM), Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Mohd Shafie menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat pertama Pertanding­an Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, Mohd Rafee di Universiti Teknologi MARA (UITM), Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia