Berita Harian

Legasi Penghulu Adin perlu diteruskan

-

Sarikei: Penubuhan Yayasan Penghulu Adin mampu menyumbang kepada usaha meningkatk­an taraf hidup dan sosioekono­mi komuniti Iban di Sare di sini, khususnya melalui bidang pendidikan.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata melalui suntikan dana permulaan RM50,000, yayasan itu juga akan memberi tumpuan terhadap aktiviti kebajikan, terutama membantu golongan memerlukan.

Katanya, kerja kebajikan yayasan berkenaan akan diperluask­an dengan matlamat untuk mengubah nasib kumpulan sasar, terutama keluarga miskin.

“Penubuhan yayasan ini berinspira­sikan perjuangan Mendiang Penghulu Adin Jampang yang ketika hayatnya komited membela nasib kaum Iban Sare.

“Mendiang sanggup berkorban masa dan tenaga membina sendiri sekolah bagi memastikan anak Iban Sare tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan Penghulu Adin di sini, kelmarin.

Tuntut kerjasama semua

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, sekolah pertama yang dibina pada 1954 banyak mengubah landskap kehidupan penduduk setempat.

“Kita akan memastikan yayasan ini, yang dipengerus­ikan oleh saya sendiri dan dibantu oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab sebagai Timbalan Pengerusi akan terus berkembang, seterusnya membantu masyarakat setempat.

“Justeru, kita perlu menggesa kerjasama pemimpin setempat bagi memastikan kelancaran dan keberkesan­an fungsi yayasan ini,” katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat dilantik, beliau memiliki peruntukan bagi memperkasa­kan bidang pendidikan di kawasan diwakiliny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia