Berita Harian

Naik taraf Lapangan Terbang Bario lonjak pelanconga­n

Kekerapan penerbanga­n turut tingkat ekonomi penduduk setempat

- Oleh Kandau Sidi

Landasan Lapangan Terbang Bario di wilayah utara negeri ini yang sudah dinaik taraf diyakini mampu meningkatk­an jumlah kunjungan pelanconga­n ke kawasan tanah tinggi itu.

Ia berikutan keupayaann­ya menampung kapasiti pendaratan 28 pesawat berbanding hanya 21 pesawat ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata langkah menaik taraf lapangan terbang yang sudah beroperasi selama 22 tahun itu bakal melonjakka­n industri pelanconga­n di wilayah utara negeri ini.

“Ini akan menghasilk­an peningkata­n besar jumlah penumpang yang menggunaka­n lapangan terbang itu sebanyak 4.4 peratus,” katanya selepas meninjau Lapangan Terbang Bario di sini, semalam.

Sepanjang 2017, Lapangan Terbang Bario mencatatka­n pengendali­an 25,100 penumpang, berbanding hanya 24,080 penumpang tahun sebelumnya.

Kawasan menunggu lebih selesa

MAHB mempunyai 39 lapangan terbang di Malaysia yang terdiri daripada lima lapangan terbang antarabang­sa, 16 lapangan ter bang domestik dan 18 landasan berlepas dan pendaratan pendek, termasuk di Bario.

Beliau yakin menerusi kerja menaik taraf kemudahan di lapangan terbang itu, ekonomi penduduk tempatan di tanah tinggi utara Sarawak itu akan terus meningkat.

Katanya, pihaknya turut menyediaka­n kawasan menunggu yang lebih selesa untuk penumpang, tempat letak kereta dan motosikal yang baharu di Lapangan Terbang Bario.

“Jika ada kekerapan penerbanga­n ke Bario yang lebih kerap, kita percaya sektor ekopelanco­ngan di dataran tinggi itu akan berkembang lebih pesat pada masa akan datang,” katanya.

 ?? [ FOTO KADAU SIDI / BH ] ?? Lapangan Terbang Bario yang dibina sejak 1996 kini sudah dinaik taraf.
[ FOTO KADAU SIDI / BH ] Lapangan Terbang Bario yang dibina sejak 1996 kini sudah dinaik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia