Berita Harian

Dana RM1.35J bangunkan Kampung Lubuk Punggur

-

Simunjan: Tiga projek pembanguna­n infrastruk­tur membabitka­n peruntukan RM1.35 juta bakal dilaksanak­an di Kampung Lubuk Punggur, Gedong di sini, menjelang penghujung tahun ini.

Ia termasuk pembinaan masjid baharu yang lebih moden dan selesa bagi kegunaan penduduk setempat.

Menteri Muda edagang Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais, berkata inisiatif itu sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri di bawah kepemimpin­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkasa­kan pembanguna­n di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Pembinaan masjid baharu bernilai RM750,000 ini berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember nanti, dengan kapasiti mampu menampung 180 jemaah,” katanya.

Perpustaka­an, rumah rehat

Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata demikian ketika meninjau tapak projek berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, dua Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) kerajaan negeri, masingmasi­ng sebuah perpustaka­an dan rumah rehat dijadualka­n bermula pada bilabila masa.

“Ini menjadikan semua projek yang dilaksanak­an di Kampung Lubok Punggur keseluruha­nnya bernilai RM1.35 juta.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana meluluskan semua projek ini,“katanya.

 ?? [ FOTO JANNAH KHO / BH ] ?? Mohd Naroden (kiri) melawat tapak tiga projek pembanguna­n infrastruk­tur di Kampung Lubuk Punggur, Gedong, semalam.
[ FOTO JANNAH KHO / BH ] Mohd Naroden (kiri) melawat tapak tiga projek pembanguna­n infrastruk­tur di Kampung Lubuk Punggur, Gedong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia