Berita Harian

Pendaki ditemui selamat

Mangsa dakwa terserempa­k ‘gadis’ ketika mula pendakian di Gunung Singai

- Oleh Mohd Roji Abdullah dan Malek Joseph

Misteri kehilangan seorang pendaki solo di Gunung Singai di sini, sejak tujuh hari lalu terjawab selepas mangsa ditemui selamat, semalam.

Stanley Kho, 22, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan gaung berbatu di kaki gunung berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kira-kira jam 8.30 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata sejurus ditemui, mangsa diberikan bekalan air dan rawatan kecemasan sebelum dibawa turun dari lokasi kejadian.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuching untuk pemeriksaa­n dan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Dengar suara minta tolong

Seperti diceritaka­n kepada anggota SAR, mangsa mendakwa kononnya terserempa­k dengan seorang ‘gadis’ ketika memulakan pendakiann­ya dan terus mengikutin­ya.

Mangsa memberitah­u ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang menjalanka­n SAR, bagaimanap­un, mulut mangsa seolaholah ‘terkunci’ dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat.

Sementara itu, penduduk Kampung Tanjung Bowang, Singai yang menemui mangsa menyatakan mereka mendengar suara meminta tolong tidak jauh dari rumah mereka dalam jarak lima minit.

Mohamad Fitri, 37, berkata isterinya yang terdengar jeritan itu kemudian memintanya bersama adik ipar, Lesdie Ng, 27, memeriksa keadaan sebelum menemui mangsa dan memaklumka­nnya kepada pasukan penyelamat.

Operasi SAR yang dilancarka­n sejak Isnin lalu membabitka­n hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat, selain penduduk kampung dan persatuan pendaki.

Temui petunjuk baharu

Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendiri­an, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainy­a dibuat pada jam 4.35 hari sama.

Selasa lalu, mangsa menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat.

Bagaimanap­un, selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi yang dihantar menerusi aplikasi Wechat itu tersasar di luar kawasan gunung berkenaan, iaitu di Kampung Tanjung Poting dekat sini.

Petang kelmarin, pasukan SAR menemui petunjuk baharu apabila kesan tapak kasut dan pucuk rebung yang dipatahkan ditemui di lokasi pencarian.

 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] ?? Pasukan mencari dan menyelamat menemui stanley yang hilang di Gunung Singai, Bau sejak
Isnin lalu.
[ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] Pasukan mencari dan menyelamat menemui stanley yang hilang di Gunung Singai, Bau sejak Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia