Berita Harian

Lelaki suspek utama kes tetak ibu ditahan

-

Bintulu: Seorang lelaki yang juga suspek utama kes rompak dan tetak seorang wanita warga emas di sebuah rumah di Kawasan Perumahan MNLG di sini Jumaat lalu, berjaya ditahan petang kelmarin.

Difahamkan, suspek yang juga anak lelaki mangsa ditahan di Terminal Bas Bintulu di sini, pada jam 2.15 petang semalam, dipercayai ketika cuba menaiki bas untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menahan suspek berusia 36 tahun itu hasil maklumat risikan dan aduan awam.

Positif dadah

“Ketika ditahan, kita turut menemui beberapa dokumen dan barangan milik mangsa yang dilarikan suspek pada hari kejadian. Ini akan dijadikan bahan bukti untuk tujuan pendakwaan.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah methamphet­amine dan dia dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia