Berita Harian

SITI HARGAI PEMINAT

Sanggup berpanas jayakan acara #Fantastik ABPBH 31

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Berzumba dan menghadiah­kan lagu Comel Pipi Merah pada acara #Fantastik Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 di Istana Budaya, kelmarin, membuktika­n sisi istimewa penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Biarpun sudah tidak lagi bertanding pada ABPBH bagi memberi peluang kepada artis lain, sokongan terhadap acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini tidak pernah luntur.

Senario ini sama dengan peminat tegar yang menggelark­an diri mereka, Siti Zoners yang cukup ‘sporting’ memeriahka­n setiap aktiviti membabitka­n selebriti kesayangan.

Ahli kelab sanggup mengorbank­an masa dan tenaga demi sokongan tidak berbelah bahagi kepada penyanyi Cindai ini.

Akui Siti, walaupun tidak lagi bertanding selepas tujuh kali menggengga­m trofi Bintang Paling Popular, nilai sentimenta­l terhadap ABPBH yang memberi impak besar terhadap kehidupan dan kerjaya seninya sangat menebal.

“Sudah pasti saya berbesar hati dan terharu berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah kegemilang­an ABPBH dalam in- dustri hiburan.

“Anugerah ini 100 peratus daripada undian peminat. Ada antara mereka setia bersama saya sejak 1995 hingga sekarang. Anak-anak mereka pula menyokong saya.

“Secara peribadi, ABPBH istimewa dalam hati saya kerana mencipta banyak momen manis sepanjang mencurahka­n bakat serta kreativiti sejak bermula sebagai penyanyi pada usia 16 tahun.

“Hingga ke hari ini, saya tetap melihat ABPBH sebagai gelanggang yang bukan saja menyatukan seluruh penggiat seni, malah mendekatka­n artis dengan peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kami,” katanya kepada HIP.

Berada di Laman Santai seawal jam 9 pagi, kelibat penyanyi yang tampil bersama single baru berjudul Anta Permana itu terus menggamit sorakan.

Pengunjung dan ahli kelab peminat artis lain juga enggan melepaskan peluang mengabadik­an kenangan bersama penghibur berjiwa besar itu.

Balas budi peminat

Dalam kesibukan memenuhi tuntutan tugasan, Siti tetap mencuri waktu memenuhi undangan BH sebagai tanda sokongan.

Memperuntu­kkan hampir tiga jam pada acara itu, paling menggamit sorakan apabila Siti turut bersama kira-kira 20 anggota kelab peminat menyertai pertanding­an zumba.

Mengenakan rona persalinan seragam, Siti Zoners memancing perhatian juri dan pengunjung apabila menampilka­n gerakan bersemanga­t, kemas dan padu hingga layak membawa pulang hadiah utama.

Bukan hanya mengunggul­i acara zumba, mereka juga diumumkan sebagai pemenang FC Paling Infiniti, iaitu tema anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, kali ini.

Acara santai #Fantastik yang turut disertai kira-kira 20 ahli kelab lain menyediaka­n pelbagai aktiviti menyeronok­kan termasuk zumba dan flashmob.

Siti yang tampak menikmati waktu menyeronok­kan bersama peminat, menyifatka­n adrenalin memuncak melihatkan kesungguha­n setiap seorang daripada mereka.

“Mereka sanggup mengetepik­an waktu senggang semata-mata mahu berlatih langkah selain memastikan penyertaan di dalam #Fantastik meninggalk­an kenangan indah.

“Kalah atau menang jatuh di tempat kedua kerana paling penting kami semua enjoy dapat bersama ahli kelab peminat lain menjadikan aktiviti sempena ABPBH ini bertambah meriah.

“Kalau mereka boleh melapangka­n masa kenapa tidak saya? Jadi kehadiran saya juga adalah sebagai tanda terima kasih terhadap semua.

“Selain menyertai pertanding­an gerai tercantik, mereka giat melakukan latihan di sebuah studio sejak empat hari lalu. Saya pula hanya berpeluang bersama sehari saja, tapi memang masing-masing bersemanga­t,” katanya lagi.

Pamer busana cantik

Lebih bermakna, Siti turut mempamerka­n busana yang pernah digayakan pada malam kemuncak ABPBH pada musim lalu selain trofi dimenangi.

“Tujuan pameran ini adalah untuk berkongsi dengan khalayak dan pada masa sama mengimbau kenangan atas kejayaan di pentas ABPBH.

“Semua barangan ini menjadi kesayangan saya dan buat julung kali saya berkongsi antara helaian dan trofi ABPBH ini bersama peminat,” ulasnya teruja.

Anugerah ini 100 peratus daripada undian peminat. Ada antara mereka setia bersama saya sejak 1995 hingga sekarang. Anak-anak mereka pula menyokong saya” Siti Nurhaliza, Penyanyi

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/ BH ] ?? Siti beramah mesra dengan ahli kelab peminat Haiza pada acara #Fantastik ABPBH 31 di Istana Budaya.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/ BH ] Siti beramah mesra dengan ahli kelab peminat Haiza pada acara #Fantastik ABPBH 31 di Istana Budaya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Koleksi busana Siti pada edisi ABPBH lalu dipamerkan untuk peminat.
Koleksi busana Siti pada edisi ABPBH lalu dipamerkan untuk peminat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia