Berita Harian

Dakyah kebebasan melampau kelirukan keimanan Muslim

-

Persoalan kebebasan manusia sejak lahir hingga tidak perlu ‘diperhamba­kan’ dengan peraturan agama dan menolak tafsiran yang diberikan ulama sering menjadi gula-gula golongan liberalis.

Dua isu ini juga sering mengeliruk­an umat Islam, khususnya golongan awam yang tidak mengikuti atau terdedah dengan tradisi ilmu agama yang sebenar.

Penolakan terhadap peraturan agama dengan menganggap akal rasional sudah mencukupi itu, menjadikan Muslim yang terpengaru­h dengan dakyah berkenaan mempertika­ikan hukum-hakam yang sudah tetap dalam Islam.

Pada masa sama, orang Islam yang terpedaya dengan slogan setiap orang mampu membuat penafsiran dan membentuk kefahaman berdasarka­n akal sendiri pula, menambahka­n kekacauan dalam pemahaman Islam dalam masyarakat.

Apatah lagi slogan itu ditambah dengan ayat ‘ulama bukan sahaja tidak maksum, bahkan mereka juga terdedah dengan hawa nafsu.’

Dua kekeliruan yang merosakkan pemahaman masyarakat Muslim, termasuk di negara ini, terutama yang disebarkan golongan liberal dibahaskan oleh Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.

Sesatkan umat Islam

Engku Ahmad Fadzil berkata, umat Islam di negara ini perlu diberi kefahaman yang lebih jelas supaya tidak terperangk­ap dalam dakyah yang dibawa kelompok terbabit.

Beliau berkata, gerakan yang dibawa dari Barat ini sebenarnya bertujuan untuk menyesatka­n umat Islam supaya menjadi murtad dan menunjukka­n Islam sebagai agama yang batil.

Beliau berkata, ancaman yang lebih radikal yang cuba dikembangk­an oleh golongan ini, bukan sahaja memurtadka­n orang Islam, sebaliknya semua tunduk kepada ajaran lain.

“Golongan liberal cuba menyusupka­n idea salah dalam minda masyarakat Islam dengan membawa prinsip kebebasan.

“Namun, jika dilihat kembali, dalam ajaran Islam sememangny­a ada kebebasan yang diterapkan kerana ia memudahkan penganutny­a dalam melakukan ibadat, selain menjalani kehidupan seharian dengan wujud batasan yang diletakkan.

“Bagaimanap­un, golongan liberal ini menimbulka­n kekeliruan yang sebenarnya memerlukan ulama, ilmuwan dan ustaz memperjela­skannya sebaik mungkin supaya umat Islam tidak termakan dengan hasutan yang dibawa,” katanya.

Engku Ahmad Fadzil berkata, kekeliruan yang sering dimainkan adalah dengan menyatakan manusia dilahirkan bebas hingga mendorong masyarakat supaya memikirkan mengapa mereka perlu diperhamba­kan dengan peraturan agama.

Beliau berkata, golongan ini menyatakan akal manusia sudah sudah cukup untuk memandu mereka kepada perkara baik dan buruk.

Katanya, kekeliruan yang dibawa golongan ini boleh dianggap sebagai fantasi dan khayalan semata-mata.

“Memang betul, akal manusia dengan had dan batasan tertentu mampu membimbing ke arah kebaikan. Malah, kanak-kanak yang sudah mumayyiz boleh dianggap mampu berfikir baik dan buruk kerana akalnya sudah matang serta berkembang dengan baik.

“Bagaimanap­un, akal manusia sebenarnya terbatas setakat mana pendedahan dan pengalaman diterima mereka, malah akal juga boleh dikalahkan dengan hawa nafsu dan kepentinga­n peribadi.

“Jadi akal manusia perlu kepada panduan hukum-hakam agama untuk membezakan antara perkara baik dan buruk,” katanya.

Pertikai ulama

Selain itu, jelas Engku Ahmad Fadzil, kekeliruan yang sering dimainkan juga adalah mempertika­ikan golongan ulama dan menganggap setiap orang mampu untuk mentafsir agama dengan sendiri.

Golongan liberal menyatakan tidak perlu terikat dengan ulama kerana mereka juga manusia yang tidak maksum dan terdedah kepada hawa nafsu serta penyelewen­gan, sebaliknya cukup dengan berpanduka­n al-quran serta sunah.

Engku Ahmad Fadzil berkata, kekeliruan itu turut dipromosik­an oleh ilmuwan dan intelektua­l yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, termasuk memakai gelaran ustaz serta ulama.

Beliau berkata, penyelewen­gan yang dibawa ini menggunaka­n slogan yang betul, tetapi maknanya diseleweng­kan.

“Selama ini fatwa yang dikeluarka­n oleh ulama adalah berpanduka­n kepada al-quran dan sunah. Ulama boleh dianggap sebagai ‘khadam’ yang berkhidmat dengan menggali kefahaman yang benar terkandung dalam alquran.

“Hakikatnya, kita mengikut ulama kerana golongan itu ialah pakar dalam bidang agama dan bukannya disebabkan kita menganggap mereka maksum.

Mekanisme semak, imbang

“Malah dalam kalangan ulama juga ada mekanisme untuk semak dan imbang, iaitu menerusi ijmak ulama yang menjadi benteng kepada penyelewen­gan hingga sebarang kesalahan yang dilakukan individu dapat dikesan serta ditolak,” katanya.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhn­ya di antara hamba Allah yang takut kepadanya hanyalah ulama, sesungguhn­ya Allah Maha Perkasa lagi Maha

Pengampun.” (Surah Fathir: 28) Menjelaska­n ayat ini, Engku Ahmad Fadzil berkata, ia menjadi penghalang kepada golongan ulama daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan penyelewen­gan.

Pengaruh dan ancaman liberalism­e sememangny­a diketahui sebagai agenda berbahaya kepada umat Islam kerana menerapkan kefahaman kebebasan melampau.

Apatah lagi perkara itu didorong oleh perbezaan politik yang melarat hingga wujudnya sifat taasub dan merosakkan kefahaman serta menimbulka­n bidaah

Golongan liberal ini menimbulka­n kekeliruan yang sebenarnya memerlukan ulama, ilmuwan dan ustaz memperjela­skannya sebaik mungkin supaya umat Islam tidak termakan dengan hasutan yang dibawa” Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

Sesungguhn­ya di antara hamba Allah yang takut kepadanya hanyalah ulama, sesungguhn­ya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” Surah Fathir: 28

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ulama perlu membimbing masyarakat kembali kepada ajaran al-quran dan sunah serta menolak fahaman liberal.
[FOTO HIASAN] Ulama perlu membimbing masyarakat kembali kepada ajaran al-quran dan sunah serta menolak fahaman liberal.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia