Berita Harian

POLIS KELANTAN RAMPAS PIL KUDA RM23.6 JUTA

Pemandu lori simpan dadah dalam bilik tidur ditahan

- Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

Polis Kelantan menahan seorang pemandu lori bersama lebih sejuta pil kuda bernilai RM23.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Stol Alor Pasir, Pasir Mas.

Dalam serbuan jam 1.15 pagi Khamis lalu itu, polis turut merampas Perodua Kancil bernilai RM5,000 dan satu televisyen berharga RM800.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata serbuan dilakukan selepas menerima maklumat orang ramai.

Beliau berkata, ketika serbuan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang berada di hadapan rumah terbabit.

“Pemeriksaa­n lanjut, polis menemui 197 guni dengan tulisan Thai berisi lebih sejuta pil kuda dalam bilik tidur yang dijadikan stor untuk menyimpan dadah berkenaan. Ini adalah rampasan dadah terbesar yang direkodkan polis Kelantan pada tahun ini.

Suspek penjaga stor

“Siasatan awal, suspek adalah penjaga stor berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, pil itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran untuk dijual kepada penagih di Kota Bharu dan Rantau Panjang.

Katanya, polis percaya suspek seorang daripada ahli kumpulan sindiket dadah tempatan yang memulakan aktiviti haram mereka sejak Ogos tahun lalu.

“Suspek direman tujuh hari bermula 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO FATHIL ASRI /BH] ?? Hasanuddin (dua dari kanan) menunjukka­n pil kuda yang dirampas di Kampung Banggol Stol Alor Pasir, Pasir Mas.
[FOTO FATHIL ASRI /BH] Hasanuddin (dua dari kanan) menunjukka­n pil kuda yang dirampas di Kampung Banggol Stol Alor Pasir, Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia