Berita Harian

13 direman bantu siasatan kes gaduh

-

Sungai Petani: Seramai 13 lelaki berusia 20 hingga 50-an direman tiga hari mulai semalam, bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok di The Carnival di sini, kelmarin.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim.

Insiden tersebar di media sosial

Insiden pergaduhan membabitka­n hampir 20 lelaki menggunaka­n penyapu dan paip plastik memukul antara satu sama lain itu turut tersebar di media sosial sebelum tangkapan awal membabitka­n empat orang.

Susulan itu, polis menahan 10 lagi lelaki di rumah dan balai, menjadikan keseluruha­n 14 ditahan, namun hanya 13 yang direman manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis kerana masalah kesihatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, dilaporkan berkata, 10 lelaki yang ditahan itu susulan tangkapan awal selepas pihak polis mengambil keterangan empat lelaki terbabit dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia