Berita Harian

Pegawai KBS diwajibkan isytihar harta 1 Oktober

Kementeria­n turut laksana proses tender terbuka, telus

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Semua pegawai pejabat menteri di Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), akan diwajibkan membuat pengisytih­aran harta masingmasi­ng.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pihaknya komited memastikan KBS menjadi kementeria­n yang utama dalam isu integriti dan urus tadbir yang baik.

“Pada 1 Oktober nanti, semua menteri perlu membuat pengisytih­aran harta yang akan dipapar dalam portal Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tatapan umum.

“Semua pihak boleh membuat pembanding­an, jika sebelum ini ada RM300,000 tiba-tiba dalam 10 tahun jadi RM300 juta. itu tandanya ada tidak kena.

“Mengambil inisiatif Malaysia Baharu di KBS, kita juga membuat perubahan dengan proses tender dijalankan secara terbuka dan telus.

“Bukan saya sahaja akan membuat pengisytih­aran harta, rakan saya dalam pejabat menteri juga perlu melakukan langkah sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di sini, semalam.

Tolak rasuah

Sementara itu, dalam ucaptama pada konvensyen itu, Syed Saddiq berkata, golongan belia perlu ‘alergik’ terhadap gejala rasuah yang merosakkan tadbir urus sesebuah negara.

Katanya, jika golongan belia berani menentang rasuah dan penyalahgu­naan kuasa, tidak mustahil Malaysia mampu menjadi negara besar dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, jika gejala rasuah diperangi generasi kini.

“Sebab itu kita mahu mendidik golongan muda membudayak­an tahap integriti yang tinggi dan menolak rasuah.

“Saya yakin dan percaya anak muda hari ini lebih bijak menilai kesan gejala rasuah, kerana mereka lebih banyak terdedah dengan isu nasional,” katanya.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI /BH] ?? Syed Saddiq merasmikan Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah sambil diiringi Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil (dua dari kanan) dan Naib Canselor UNIMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal (kiri) di UNIMAP, Arau, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI /BH] Syed Saddiq merasmikan Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah sambil diiringi Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil (dua dari kanan) dan Naib Canselor UNIMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal (kiri) di UNIMAP, Arau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia