Berita Harian

‘Muslihat tutup kegagalan PH’

-

Kuala Lumpur: UMNO menyifatka­n, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad secara berterusan menyalahka­n kerajaan terdahulu sebagai punca wujud bebanan hutang besar dan masalah pentadbira­n kepada negara hari ini, bertujuan menutup kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata apa yang diungkapka­n Perdana Menteri itu adalah tindakan berbaur politik dengan meletakkan kesalahan kepada kerajaan terdahulu bagi menutup kelemahan mereka.

“Ia naratif yang digunakan Dr Mahathir dengan elemen politik akibat kegagalan mereka (PH) untuk menunaikan janji PRU.

Strategi buat orang terkejut

“Ini adalah strategi membuat orang terkejut dan terpingapi­nga bagi menutup kelemahan mereka,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan pemimpin Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di Menara Dato Onn, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini perlu memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan menumpukan dua perkara iaitu memulihkan jentera pentadbira­n yang dirosakkan serta kedudukan kewangan yang dibelenggu hutang besar selepas memenangi PRU-14.

Dalam sesi pertemuan dan dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) semalam, Dr Mahathir berkata, kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbira­n oleh parti pemerintah sebelum ini menyebabka­n Malaysia hancur jika parti sama kekal menang pada PRU14.

Annuar berkata, apabila kerajaan PH gagal melaksanak­an sepenuhnya janji dalam manifesto dalam tempoh 100 hari, satu tindakan bijak politik dilakukan untuk menyalahka­n kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, berikutan dasar populis yang diamalkan kerajaan sekarang, menyebabka­n mereka kini berdepan pelbagai isu seperti aliran tunai termasuk perlu membayar pampasan akibat menangguhk­an projek mega tertentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia