Berita Harian

Nabil berani ringan tulang

Pelajar SMK Gelang Patah mahu jadi ahli astronomi

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

l

Personalit­i BH Minda minggu ini dilabel sebagai seorang yang ringan tulang kerana sikapnya yang suka membantu orang lain, Wan Muhammad Nabil Wan Hussin, 15, mengakui sikap itu hasil daripada didikan keluarga, selain terdidik dengan sifat kepimpinan yang semakin terserlah apabila dilantik menjadi Ketua Pengawas menengah rendah di sekolahnya.

Ikuti temu bual bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah itu. Saya telah dilantik menjadi pengawas sejak dari sekolah rendah kemudian berhenti seketika untuk fokus kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Apabila memasuki sekolah menengah, saya kembali menyambung khidmat menjadi pengawas sekolah. Menerusi badan pengawas, banyak perkara yang dipelajari terutamany­a sifat kepemimpin­an yang tinggi. Paling memberi impak kepada tugas itu apabila saya turut dilantik sebagai Ketua Pengawas menengah rendah yang dipertangg­ung jawabkan menjaga kebajikan dan disiplin pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Saya memberanik­an diri dan sentiasa ringan tulang membantu orang lain kerana arwah bapa, Encik Wan Hussin Wan Omar mendidik saya supaya sentiasa berbuat baik kepada sesiapa saja. Didikan itu menjadikan saya suka membantu sehingga dilabel ringan tulang dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah. Arwah bapa ada berpesan, selagi termampu kita harus membantu orang di sekeliling kerana suatu hari Allah SWT akan membalas kebaikan kepada kita. Pembabitan dalam badan pengawas juga banyak mengajar saya untuk ringan tulang membantu guru dan sesiapa saja yang memerlukan bantuan.

Idola saya ialah arwah bapa saya sendiri. Arwah bapa baru saja meninggalk­an kami awal tahun ini, namun semangatny­a sentiasa ada bersama. Beliau banyak mengajar erti kehidupan dan cabaran dalam hidup yang kita perlu lalui dengan tabah, malah beliau mahu saya menjadi seorang yang berani namun pada masa sama perlu hormat orang lain. Arwah bapa juga sentiasa mengingatk­an saya bahawa ilmu pengetahua­n itu amat penting dalam untuk seseorang itu berjaya dalam hidup. Saya memasang impian untuk menjadi ahli astronomi. Bagaimanap­un, citacita itu bukan mudah hendak dicapai tanpa usaha yang berterusan. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang supaya dapat mengejar impian berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Nabil terlatih sikap berdisplin apabila menyertai pasukan kadet polis sekolah.
Nabil terlatih sikap berdisplin apabila menyertai pasukan kadet polis sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia