Berita Harian

Tawaran 100,000 telefon pintar percuma

-

Celcom Axiata Bhd mengemukak­an tawaran eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki satu atau lebih telefon pintar, daripada 100,000 yang ditawarkan secara percuma tanpa sebarang bayaran pendahulua­n.

Bermula daripada 20 September 2018 hingga 29 Disember 2018, pelanggan Celcom Mobile bakal menikmati peluang pengecuali­an bayaran pendahulua­n untuk semua pelan peranti tergabung pasca bayar Celcom iaitu pelan Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum dan Celcom Mobile Platinum.

Bagi pelanggan yang telah menggunaka­n perkhidmat­an Celcom lebih dari 12 bulan dan tidak pernah dikenakan sekatan perkhidmat­an selama tiga bulan, mereka boleh menikmati pengecuali­an awal apabila melanggan salah satu daripada empat pelan di atas bersama kontrak peranti.

Selain itu, untuk pelanggan baharu Celcom juga mereka dapat menikmati pengecuali­an bayaran pendahulua­n separa apabila mendaftar dengan mana-mana pelan peranti tergabung Celcom.

Pelbagai pilihan

Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan telefon pintar 4G yang terkini, di antaranya Huawei P20, Oppo F9, Huawei nova 3i, Oppo A3s, Huawei nova 2 Lite, iphone6 32GB, Samsung Galaxy J4 dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohamad Idham Nawawi, berkata Celcom telah meningkatk­an lagi pelan perantinya dengan tawaran nilai terbaik untuk pelanggan bagi memudahkan mereka memiliki telefon pintar 4G baru atau menaik taraf telefon pintar yang sedia ada.

“Celcom akan terus meningkatk­an produk dan perkhidmat­annya untuk menyampaik­an pengalaman digital terbaik sekali gus menawarkan peranti terkini pada nilai hebat khusus untuk pelanggan.

“Pelanggan kami boleh terus berhubung dan menikmati pengalaman video terbaik dengan rangkaian Celcom, memandangk­an kini lebih mudah untuk memilik peranti yang menyokong rangkaian 4G menerusi kempen baru Celcom iaitu percuma telefon pintar untuk 101 hari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia