Berita Harian

Jepun ada strategi perangkap Malaysia

-

Kuala Lumpur: Tindakan pengendali Jepun, Yoshiro Moriyama merehatkan lebih separuh tonggak utama berdepan Tajikistan tampak memakan diri sendiri ketika mereka boleh berada selangkah ke suku akhir jika menang pada aksi di Stadium Universiti Malaya, kelmarin.

Dalam masa sama, timbul juga persoalan adakah ia sebagai strategi dan persediaan awal jurulatih itu untuk memerangka­p Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, esok.

Namun, Moriyama menafikan tindakanny­a itu sebagai strategi untuk berdepan skuad negara, sebaliknya mahu memberi pendedahan buat anak buahnya yang tidak beraksi ketika mereka menewaskan Thailand 52, Khamis lalu.

“Tujuan utama saya melakukan pertukaran pemain untuk perlawanan ini (berdepan Tajikistan) kerana mahu pemain lain juga dapat pengalaman beraksi di kejohanan ini. Malah, beberapa pemain juga tampak keletihan dan sebab itu saya tukar tujuh pemain yang beraksi pada perlawanan per tama (berdepan Thailand),” katanya selepas perlawanan dengan Tajikistan, kelmarin,

Tidak boleh tewas

Keputusan seri tanpa jaringan dengan Tajikistan menyaksika­n Jepun tidak boleh tewas kepada Malaysia sekiranya mereka mahu layak ke suku akhir.

Aksi menarik dilihat bakal disajikan pada perlawanan terakhir kumpulan itu selepas Malaysia wajib meraih kemenangan untuk layak susulan kekalahan 24 kepada Thailand.

Mengulas mengenai aksi dengan Tajikistan, Moriyama menjelaska­n kegagalan anak buahnya menyudahka­n beberapa peluang terhidang menjadi punca mereka gagal meraih mata penuh.

“Tajikistan beraksi dengan baik terutama di bahagian pertahanan. Ramai pemain mereka yang berada di kawasan penalti dan ia menyukarka­n kami.

“Malah, pemain saya juga gagal bertindak lebih lebih untuk menghasilk­an gol. Jadi kami perlu menang ke atas Malaysia untuk muncul juara kumpulan,” katanya.

 ??  ?? Yoshiro Moriyama
Yoshiro Moriyama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia