Berita Harian

MAJIKAN TANGGUNG PENUH, BUKAN 20 PERATUS

Kembali kepada struktur lama kerana buruh tak mampu bayar: Guan Eng

- Oleh Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Suhaila Shahrul Annuar

Kerajaan memutuskan kembali kepada struktur lama pembayaran levi pekerja asing, iaitu RM10,000 perlu ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat aduan daripada pihak pekerja asing bahawa mereka tidak mampu membayar levi bagi diri masingmasi­ng.

“Semalam (kelmarin) kita mengumumka­n struktur baharu pembayaran levi pekerja asing dengan majikan hanya perlu membayar 20 peratus levi berkenaan, manakala selebihnya ditanggung pekerja.

“Bayaran ini untuk pekerja asing yang sudah berkerja lebih 10 tahun di Malaysia yang dibenarkan melanjutka­n tempoh tiga tahun lagi dengan levi tahunan berjumlah RM10,000.

“Namun, mereka mengadu tidak mampu membayar bahagian mereka, iaitu RM8,000, jadi kerajaan putuskan struktur levi ini kembali kepada asal, iaitu RM10,000 akan dibayar oleh majikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, struktur baharu pembayaran levi pekerja asing itu diumumkan kerajaan dengan majikan hanya perlu membayar 20 peratus levi berkenaan, manakala selebihnya ditanggung pekerja.

Tangani tenaga kerja

Pembayaran levi itu diberi perhatian oleh kerajaan dalam menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai industri, termasuk sektor pembinaan.

Guan Eng berkata, majikan mempunyai pekerja asing yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun dan mahu menyambung perkhidmat­an mereka, bayaran levi tahunan berjumlah RM10,000 itu boleh dibuat bermula 1 Oktober ini.

“Kalau tidak mahu bayar RM10,000 sebaliknya mahu pekerja berkenaan pulang ke negara asal terlebih dahulu dan datang semula sebagai pekerja baharu, jadi levi yang perlu dibayar hanya RM1,850,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng menggesa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memanfaatk­an Dana PKS Bank Negara Malaysia (BNM) yang

Majikan mempunyai pekerja asing yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun dan mahu menyambung perkhidmat­an mereka, bayaran levi tahunan berjumlah RM10,000 itu boleh dibuat bermula 1 Oktober ini” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

masih berbaki RM3.9 bilion untuk membiayai dan mengurangk­an kos perniagaan mereka.

Beliau berkata, ada rungutan daripada segelintir usahawan PKS mengenai kesukaran mendapatka­n pembiayaan daripada institusi perbankan sekali gus gagal meneruskan perniagaan mereka.

“Saya sudah banyak kali merujuk kepada BNM selain bangkitkan dalam Kabinet mengapa sukar sangat usahawan PKS mendapatka­n pembiayaan?

RM3 bilion kepada PKS

“BNM menyatakan ia tidak sukar dan ada pihak yang menguruska­nnya, iaitu Penolong Gabenor.

“Mereka bagi tahu ada lebih RM3 bilion dipinjamka­n kepada PKS, jadi tidak ada sebab mengapa susah untuk usahawan PKS dapat pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya menjelaska­n daripada RM3.9 bilion Dana PKS BNM, sebanyak RM3.3 bilion diperuntuk­kan untuk sektor ekonomi di bawah PKS; Sektor Pertanian Primer (RM97.9 juta); Perusahaan Mikro (RM6.9 juta) dan Projek Usahawan Bumiputera Fund-i (RM191.4 juta).

Beliau berkata, BNM sentiasa prihatin dan sedia membantu usahawan PKS .

Maklumat lanjut Dana PKS BNM, hubungi 03-26988044, 0326919335, 019-2821015 atau e-mel abhas@bnm.gov.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia