Berita Harian

Tun M berdialog di Oxford

PESALAH RASUAH MESTI TERIMA HUKUMAN: PM

-

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sedang berusaha membantera­s rasuah di dalam negara serta membersihk­an gejala itu dalam sektor awam bagi memastikan tidak berleluasa seperti sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, di sesetengah negara mereka yang melakukan rasuah boleh dikenakan hukuman tembak, tetapi di Malaysia tindakan sedemikian tidak diambil dan percaya tindakan itu tidak dapat menyelesai­kan masalah berkenaan.

Katanya, mereka yang melakukan rasuah mesti dihukum, sama ada dipenjarak­an atau bergantung kesalahan rasuah dilakukan.

“Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin boleh di penjara, berapa lama mereka dipenjarak­an bergantung pada tahap kesalahan rasuah dan saya fikir tahap rasuah berbeza memerlukan hukuman berbeza. Tetapi kami (Malaysia) belum mencapai tahap bagi menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup.

“Di Malaysia, jika anda dituduh melakukan rasuah dan didapati bersalah, mereka akan dipenjarak­an,” katanya ketika ditanya, sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam’ di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di Universiti Oxford di sini, semalam.

Syarahan kali ini adalah yang kedua untuk Dr Mahathir. Sebelum ini, beliau pernah memberikan syarahan bertajuk ‘Islam Agama yang Diseleweng­kan’ dalam lawatan sulungnya ke Pusat Pengajian Islam Oxford pada 1996.

Sejak penubuhann­ya pada 1985, pusat ini menampilka­n ramai tokoh terkemuka untuk bercakap mengenai pelbagai perkara berkaitan dunia Islam.

Kini, pusat itu mempunyai beberapa ruang kuliah yang khusus termasuk Auditorium Malaysia bagi perkembang­an programnya.

Ketibaan Dr Mahathir di pusat itu disambut Pengarah OCIS, Dr Farhan Nizami dan Felo Kuwait, Datuk Afifi Al Akiti, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n.

Dalam syarahanny­a itu, Dr Mahathir menyentuh mengenai tadbir urus di negara Islam dan sistem demokrasi diamalkan Malaysia.

Cedok model demokrasi Barat

Dr Mahathir berkata, sistem demokrasi diamalkan kebanyakan negara Islam adalah dicedok daripada model demokrasi yang diperkenal­kan di Barat dan mereka cuba melaksanak­annya mengikut acuan mereka sendiri.

“Demokrasi bukan perkara paling mudah untuk dikendalik­an; ia

Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin boleh di penjara, berapa lama mereka dipenjarak­an bergantung pada tahap kesalahan rasuah dan saya fikir tahap rasuah berbeza memerlukan hukuman berbeza. Tetapi kami (Malaysia) belum mencapai tahap bagi menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

sangat rumit dan tidak mudah untuk pengundi memilih kerajaan yang mewakili mereka.

“Ini adalah sesuatu yang tidak difahami dunia Islam,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa demokrasi tidak berlaku semalaman di Barat dan di sesetengah negara Islam, perubahan kepada demokrasi menyebabka­n beberapa masalah dan bencana.

“Setiap kali mereka mencuba sistem demokrasi, akan wujud pertempura­n antara mereka dan negara mereka menjadi hampir musnah,” katanya sambil menambah bahawa di Malaysia rakyat tidak suka keganasan.

“Kami tidak mengguling­kan kerajaan sehingga kerajaan berubah sekelip mata,” katanya sambil merujuk peralihan kuasa Malaysia yang berlangsun­g dalam suasana aman menyaksika­n beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata, pemilihan rakyat untuk menentukan kerajaan sangat penting.

“Ia mengambil masa bertahunta­hun sebelum dapat menukar kerangka minda umum mengenainy­a. Bukan satu yang mudah untuk mereka percaya memberikan undi di kertas dalam menentukan siapa layak memerintah negara ini.

Kuasa diberi kepada rakyat

“Sudah sampai waktunya, kuasa diberikan kepada rakyat untuk menentukan siapa pemerintah mereka demi kebaikan rakyat dan negara ,” katanya.

Pada majlis sama, Utusan Khas Perdaganga­n United Kingdom ke Malaysia dan ASEAN, Richard Graham, memuji perjalanan peralihan kuasa Malaysia melalui pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

“Apa yang anda capai pada 9 Mei lalu membuktika­n demokrasi terus subur di Malaysia, ASEAN dan Asia dan seluruh dunia.

“Ia memberi harapan kepada setiap orang bahawa sememangny­a ada ruang dan peluang untuk berubah dan bahawasany­a perubahan sebenar sedang berlaku. Saya melihat Malaysia hari ini sebagai sebagai satu kemunculan semula dalam sejarah,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Dr Farhan Nizami pada sesi soal jawab selepas menyampaik­an ucaptama di OCIS, London, semalam.
[FOTO BERNAMA] Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pengarah Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Dr Farhan Nizami pada sesi soal jawab selepas menyampaik­an ucaptama di OCIS, London, semalam.
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir bersama Farhan pada sesi soal jawab di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di Universiti Oxford, London semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir bersama Farhan pada sesi soal jawab di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di Universiti Oxford, London semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia