Berita Harian

Rosmah terima notis SPRM, Azeez ditahan

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terima notis hadir ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai untuk memberi keterangan lebih 20 pertuduhan, kebanyakan­nya berkaitan kes pengubahan wang haram

- Oleh Nadia Hamid, Safeek Affendy Razali dan Veena Babulal

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini dan kemudian mungkin didakwa di mahkamah selepas itu.

Beliau dikehendak­i hadir pada jam 10 pagi.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke Ibu Pejabat SPRM di kediamanny­a di Langgak Duta, Jalan Duta, di sini, petang semalam.

Sumber berkata, tindakan memanggil Rosmah adalah bagi membolehka­n siasatan lanjut berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakan­nya membabitka­n pengubahan wang haram.

Pada 5 Jun lalu, Rosmah hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC Internatio­nal.

Terdahulu, anak Rosmah, Riza Aziz, yang juga Ketua Eksekutif Red Granite Pictures, dipanggil ke pejabat Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam, bagi memberi keterangan dalam siasatan terhadap dakwaan menyelewen­g dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan terhadap Rosmah dan menyerahka­nnya kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.

Dalam perkembang­an lain, Rosmah dipercayai memberi akses penuh kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, mendapatka­n kuasa di Put-rajaya.

Riza didakwa perkenal Jho Low kepada Rosmah

Wartawan Wall Street Journal yang juga pengarang bersama buku Billion Dollar Whale, Tom Wright, mendakwa hubungan Jho Low dengan Rosmah mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mendakwa Rosmah diperkenal­kan dengan Jho Low menerusi anaknya yang juga produser filem Hollywood, Riza Aziz.

“Saya percaya Rosmah membantu Jho Low memperoleh kuasa di Malaysia dan beliau mendapat timbal balas daripadany­a,” katanya dalam wawancara dengan stesen radio BFM menerusi rancangan The Breakfast Grille, semalam.

Wright kini berada di Malaysia bagi mempromosi buku kontrovers­i ditulisnya bersama rakan sekerja, Bradley Hope.

Najib didakwa atas lebih 30 tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa dana 1MDB.

Kelmarin, SPRM dilaporkan berkata, siasatan ke atas Rosmah sudah siap dan akan mengemukak­an penemuan serta cadangan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Jho Low menjadi buruan di Malaysia dan waran tangkap dikeluarka­n kepada beliau dan bapanya, Tan Sri Larry Low, selepas kedua-duanya didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dalam ketidakhad­iran.

 ??  ?? Rosmah Mansor
Rosmah Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia