Berita Harian

PUSAT TAHFIZ TAK BERDAFTAR DI KUALA LUMPUR AKAN DITUTUP

Perketat syarat penubuhan utama aspek keselesaan, keselamata­n

-

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara tidak sah, kata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Katanya, ia bagi memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar terjamin, serta imej institusi Islam itu terpelihar­a.

“Kami tidak mahu pusat tahfiz ini diberi kelonggara­n hanya kerana ia institusi keagamaan, ia perlu berdaftar dengan DBKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI).

“Kami juga akan mengetatka­n syarat kepada sekolah berasrama, khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamata­n,” katanya kepada BERNAMA selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (PMKS WPKL) di sini, semalam.

Khalid berkata, menjadi tanggungja­wab ibu bapa memeriksa status pusat tahfiz jika berhasrat menghantar anak ke institusi itu.

DBKL, JAWI pantau pusat tahfiz

“Selain itu, DBKL turut bekerjasam­a dengan JAWI memantau semua pusat tahfiz yang masih beroperasi di sekitar ibu kota, sekiranya didapati tidak berdaftar, kami tidak teragakaga­k menutupnya,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof, berkata pihaknya tiada kuasa menutup tahfiz tidak sah di Kuala Lumpur kerana ia di bawah kuasa DBKL.

Ia susulan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati beroperasi tanpa didaftarka­n.

Sementara itu, Pengerusi Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-zahrah, Dr Nazratun Nafizah Akhtar Husin, berkata penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar dianggap tidak relevan dalam usaha memperjuan­gkan Islam pada saat pelbagai gejala sosial remaja berlaku sekarang.

Katanya, dalam usaha memperkasa­kan Islam, pihak berkuasa seharusnya meneliti semula dan menambah baik sistem pendaftara­n pusat tahfiz sedia ada, supaya sokongan diberi dalam usaha membantu kewujudan lebih banyak pusat tahfiz berdaftar, selari kemajuan pada masa depan.

“Jangan hanya disebabkan satu kes seperti ini, tindakan tegas diambil hingga merencatka­n pertumbuha­n semua institusi tahfiz di negara ini.

“Paling penting, sistem sedia ada perlu ditambah baik, termasuk melihat latar belakang pengasas pusat tahfiz, tahap pendidikan dan pegangan, selain terbabit jenayah atau tak.

“Penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar itu, seolah-olah membuka ruang kepada lebih banyak masalah dan gejala liar pada masa depan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pengetua Pusat Tahfiz Al-quran Al-hikmah, Kamal Majid pula, berkata tidak wajar menutup sekolah tahfiz tidak berdaftar kerana pusat itu sekurang-kurangnya mengajar disiplin baik kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.

“Bagaimanap­un, lebih elok semua pusat tahfiz berdaftar mengikut undang-undang.

“Kejadian negatif yang berlaku di pusat tahfiz di Kepong bukan sahaja menjejaska­n imej Islam, malah memberi gambaran negatif terhadap sesi pembelajar­an agama di pusat tahfiz di negara ini,” katanya.

Ia perlu berdaftar dengan DBKL dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI)” Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Penutupan pusat tahfiz tidak berdaftar dianggap tak relevan dalam usaha perjuangka­n Islam” Nazratun Nafizah Akhtar Husin, Pengerusi Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-zahrah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia