Berita Harian

PEMILIHAN PKR: SETIAUSAHA POLITIK DIDAKWA SOGOK PROJEK UNTUK RAIH UNDI

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan minta SPRM siasat

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan seorang Setiausaha Politik menggunaka­n kedudukan bagi meraih sokongan dalam pemilihan PKR.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razab, berkata individu itu dikatakan menyalahgu­nakan kedudukan sebagai penjawat awam dengan menawarkan projek pembanguna­n dan infrastruk­tur kepada beberapa pemimpin setempat pada 1 September lalu di Pahang.

“Semalam (kelmarin), saya menerima satu pendrive (pemacu pena) daripada seorang pengadu yang dalamnya mengandung­i gambar dan rakaman audio.

“Pemacu pena itu memaparkan maklumat mesyuarat dihadiri Setiausaha Politik terbabit di Pahang pada 1 September lalu,” katanya selepas menyerahka­n bukti dan laporan kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Dakwa tawar kontrak pembanguna­n

Ahmad Syukri berkata, menerusi bukti itu, dia yakin gambar dan rakaman audio yang diberikan ada kaitan dengan Setiausaha Politik berkenaan.

Beliau berkata, setiausaha politik itu dikatakan menawarkan kontrak pembanguna­n atau penambahba­ikan infrastruk­tur bernilai RM20,000 kepada setiap pemimpin setempat yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

“Beliau (Setiausaha Politik) turut memaklumka­n kepada anggota mesyuarat yang beliau akan menerima peruntukan RM300,000 daripada sebuah kementeria­n lain yang perlu dihabiskan sebelum hujung tahun ini.

“Justeru, beliau meminta setiap pemimpin yang hadir membuat permohonan bagi mendapatka­n kontrak terbabit,” katanya.

Katanya, dia percaya tawaran diberikan itu ada kaitan dengan pemilihan parti kerana Setiausaha Politik itu seorang daripada calon jawatan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, selain turut bertanding bagi Ketua Cabang di kawasannya.

 ?? [FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] ?? Ahmad Syukri (tengah) menunjukka­n bukti Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam. di hadapan Ibu
[FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] Ahmad Syukri (tengah) menunjukka­n bukti Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam. di hadapan Ibu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia