Berita Harian

Fokus tiga bidang utama jenayah rentas sempadan

-

Putrajaya: Malaysia mengetuai perbincang­an bagi tiga bidang utama jenayah rentas sempadan pada Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuaratm­esyuarat Berkaitan (SOMTC) Ke18, membabitka­n penyeludup­an manusia, aktiviti pelanunan di laut dan pengubahan wang haram.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata tiga bidang berkenaan, termasuk dalam 10 bidang utama jenayah rentas sempadan yang dibawa untuk perbincang­an pada mesyuarat kali ini.

Beliau berkata, tiga bidang jenayah yang dibincangk­an itu bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, sebaliknya membabitka­n semua negara ASEAN.

“Tiga isu ini akan menjadi objektif utama Malaysia. Bagaimanap­un, Malaysia juga akan menyertai perbincang­an bagi tujuh bidang lain, termasuk memberi input bersama ahli ASEAN dan rakan dialog lain.

“Tujuh bidang utama lain termasuk keganasan; pemerdagan­gan orang; jenayah siber; penyeludup­an dadah; jenayah ekonomi antarabang­sa; penyeludup­an senjata api serta penyeludup­an hidupan liar dan balak,” katanya selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di sini, semalam.

Malaysia peneraju

Mohd Azis berkata, biarpun ia nampak sukar, semua pihak akan melakukan yang terbaik, sekali gus meminimumk­an masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Aziz berkata, mesyuarat kali ini bertemakan ‘Jaminan Keselamata­n, Keamanan dan Kesejahter­aan Asean’ dan ia salah satu platform utama bagi perbincang­an mengenai isuisu keselamata­n pada peringkat serantau.

“Dalam konteks ini, Malaysia menjadi peneraju dalam usaha serantau terutama menerusi perancanga­n dan pelaksanaa­n program pembanguna­n kapasiti, perkongsia­n maklumat perisikan dan pembanguna­n jaringan kerjasama dengan negara ASEAN.

“Hasil daripada Mesyuarat SOMTC ini akan dilaporkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri dalam Jenayah Rentas Sempadan

(ASEAN Ministeria­l Meeting on Transnatio­nal Crime AMMTC),

yang akan berlangsun­g di Myanmar pada penghujung bulan depan. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi SOMTC, iaitu pada 2008.

Disertai 221 delegasi

Seramai 221 delegasi daripada 10 negara ASEAN hadir pada program kali ini selain wakil daripada 10 negara rakan dialog termasuk Australia; Kanada; China; India; Jepun; Korea; New Zealand; Russia dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah.

Selain itu, dua organisasi antarabang­sa, iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan Asean-australia Program for Traffickin­g in Persons (AAPTIP) turut menghantar wakil masing-masing kali ini.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] ?? Mohd Azis (enam dari kiri) bersama pegawai kanan negara ASEAN pada SOMTC Ke-18 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH /BH] Mohd Azis (enam dari kiri) bersama pegawai kanan negara ASEAN pada SOMTC Ke-18 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia